Skip to main content

Portal Rasmi MyGovCloud@CFA Jabatan Digital Negara

MyGovCloud@CFA — Header

Program Cakna MyGovCloud@CFA 2026 Bersama Pentadbir Projek Pengguna Government Hybrid Cloud (GHC)

Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan Digital (BPG), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Program Cakna MyGovCloud@CFA 2026 Bersama Pentadbir Projek Pengguna Government Hybrid Cloud (GHC) pada 23 hingga 24 September 2026 bertempat di Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Camar Laut, Kampung Bagan Lalang, Sepang, Selangor. 

Program tersebut telah menghimpunkan seramai 60 orang peserta daripada pelbagai kementerian dan agensi persekutuan yang melanggan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan di bawah Cloud Framework Agreement (CFA) yang dikenali sebagai MyGovCloud@CFA dengan menggunakan peruntukan JDN di bawah projek GHC. 

Program ini dimulakan dengan perkongsian kejayaan serta cabaran pelaksanaan projek perkhidmatan MyGovCloud@CFA oleh agensi pelaksana sebagai panduan dan rujukan kepada agensi yang baharu melangkah ke fasa pengoperasian perkhidmatan pengkomputeran awan. Sesi ini dijayakan oleh wakil agensi yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan GovTech Malaysia. Melalui perkongsian kaedah pengelasan maklumat, tatacara permohonan, perolehan, pematuhan teknikal dan pelaksanaan khusus dalam memastikan kejayaan projek. 

Sesi pembentangan diteruskan pada waktu malam dengan perkongsian berkaitan Sistem Pengurusan Kunci Keselamatan (KMS) yang disampaikan oleh wakil dari Pasukan Pengurusan Keselamatan Maklumat (UIS), Bahagian Perundingan Digital (BPD), JDN.

Sesi pembentangan hari kedua diisi dengan perkongsian berkaitan draf awal Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam (PPPA) Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam (PPPA) oleh Perunding ICT (Pusat Data), BPD, JDN. PPPA ini dibangunkan untuk menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2021 supaya kekal relevan dengan perkembangan teknologi semasa.  Seterusnya perkongsian pengurusan dan pemantauan pelaksanaan projek serta penyambungan dan penutupan projek langganan pengkomputeran awan dibentangkan oleh wakil Pejabat Pengkomputeran Awan JDN (CMO). 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah BPG, YBrs. Puan Hamidah binti Mat Saat @ Abas. Beliau memaklumkan bahawa sehingga kini, sebanyak 53 projek pengkomputeran awan merangkumi 29 agensi daripada 20 kementerian telah berjaya beroperasi di bawah inisiatif Projek GHC. Program Cakna MyGovCloud@CFA 2026 ini telah menjadi platform strategik dalam memperkukuh kolaborasi, perkongsian amalan terbaik, serta pemantapan keselamatan bagi meningkatkan perkhidmatan pengkomputeran awan dikalangan agensi sektor awam. Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan JDN dalam memacu pemodenan infrastruktur digital perkhidmatan pengkomputeran awan kerajaan kearah yang lebih efisien, selamat dan dipercayai.

SLAID PEMBENTANGAN

GALERI PROGRAM

20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_2-1
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_2-2
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_2-3
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_2-5
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_2-4
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_2-6
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_2-7
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_4
20260924_Cakna_LKIM_PentadbirProjekGHC_5