Portal Rasmi MyGovCloud@CFA Jabatan Digital Negara

SOALAN LAZIM PENGKOMPUTERAN AWAN

Peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC) hanya layak digunakan oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan sahaja buat masa ini.
Agensi boleh memohon kepada JDN bagi penggunaan peruntukan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah projek Government Hybrid Cloud (GHC). Peruntukan hanya boleh digunakan bagi skop perkhidmatan berikut:
 
  1. Infrastructure as a Service (IaaS);
  2. Platform as a Service (PaaS);
  3. Software as a Service (SaaS);
  4. Cloud professional services yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP;
  5. Cloud managed services yang ditawarkan oleh MSP.
Professional services dan managed services yang tidak berkaitan secara langsung dengan perkhidmatan pengkomputeran awan yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP tidak termasuk dalam skop yang ditanggung oleh JDN. Peruntukan GHC di bawah JDN hanya merangkumi lima (5) jenis perkhidmatan tersebut di atas yang disediakan oleh empat (4) Panel CSP dan empat (4) MSP sahaja. Perkhidmatan lain seperti pembangunan, penyelenggaraan serta khidmat sokongan berkaitan sistem dan yang seumpamanya tidak tertakluk di bawah tanggungan JDN.

Nota: Hanya perkhidmatan yang disebutkan di atas yang ditanggung oleh JDN di bawah peruntukan GHC.
Perkhidmatan migrasi, pembangunan sistem (yang memerlukan pelantikan System Integrator (SI)), penyelenggaraan, pengoperasian/managed services etc.

Berdasarkan SPA Bilangan 7 2024, kelulusan teknikal bagi permohonan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah nilai RM10 juta adalah di peringkat JPICT Agensi/Kementerian.
Walau bagaimanapun, agensi hendaklah mengemukakan permohonan kepada JDN (emel kepada mygovcloud@jdn.gov.my) setelah mendapat kelulusan JPICT Agensi/Kementerian bagi perkara-perkara berikut:

 

  1. Berhasrat untuk menggunakan peruntukan di bawah JDN;
  2. Terdapat keperluan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus kerana hanya terdapat 1 Panel CSP/MSP sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan (sole provider berdasarkan PK2.6); dan
  3. Permohonan pengecualian pengkomputeran awan atau Cloud Framework Agreement (CFA).
SPA 7/2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam

 

Terdapat empat (4) tatacara perolehan pengkomputeran awan seperti berikut:

 

1 Kos projek kurang dari RM5 juta dan menggunakan peruntukan JDN
  1. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
  2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  3. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  4. Mendapatkan kelulusan JPICT JDN; dan
  5. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
2 Kos projek kurang dari RM5 juta dan menggunakan peruntukan selain peruntukan JDN
  1. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
  2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  3. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
3 Kos RM5 juta dan ke atas
  1. Tatacara adalah sepertimana permohonan kelulusan teknikal JTISA;
  2. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
  3. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  4. Permohonan dikunci masuk ke dalam Sistem PROFIT;
  5. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
4 Kos projek kurang dari RM5 juta dan menggunakan peruntukan selain peruntukan JDN yang melibatkan Managed Service Provider (MSP) sebagai Pengedar Tunggal (Sole Provider)
  1. Melaksanakan kajian pasaran melalui pengedar tunggal;
  2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  3. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  4. JDN mengesahkan bahawa produk hanya ditawarkan oleh satu CSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
  5. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

Berdasarkan SPA 7/2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam, kelulusan teknikal projek ICT adalah berdasarkan had nilai seperti berikut:

 

HAD NILAI KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT BAGI KEMENTERIAN
PROJEK PERINGKAT KELULUSAN
Skop Projek Nilai Projek (RM) Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan JPICT Kementerian JTISA
Pembangunan Sistem < 200k /    
≥ 200K < 5J   /  
≥ 5J   / /
Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan < 200k /    
≥ 200K < 10J   /  
≥ 10J   / /
Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT.

Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA.

< 200k /    
≥ 200K < 10J   /  
≥ 10J   / /

 

HAD NILAI KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT BAGI AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN
PROJEK PERINGKAT KELULUSAN
Skop Projek Nilai Projek (RM) Ketua Agensi JPICT Agensi JPICT Kementerian JTISA
Pembangunan Sistem < 50k /      
< 200k   /    
≥ 200K < 5J   / /  
≥ 5J   / / /
Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan < 50k /      
< 200k   /    
≥ 200K < 10J   / /  
≥ 10J   / / /
Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT.

Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA
< 50k /      
< 200k   /    
≥ 200K < 10J   / /  
≥ 10J   / / /
  1. Semua projek dengan kos di atas RM10 juta (Kelulusan JTISA);
  2. Hanya projek dengan kos di bawah RM10 juta (Kelulusan JPPCSA) yang berkaitan seperti berikut:
    1. Permohonan penggunaan Peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC).
    2. Permohonan pengesahan Kaedah Perolehan secara Rundingan Terus.
    3. Permohonan pengecualian Cloud atau pengecualian Cloud Framework Agreement (CFA).
    4. Permohonan kelulusan perolehan lesen Microsoft.
  1. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  2. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  3. JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
  4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
Nota: Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP bagi produk Google Workspace.
Permohonan dan perolehan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam tempoh pelanjutan CFA boleh dilaksanakan seperti biasa berdasarkan tatacara semasa yang berkuat kuasa sehingga dimaklumkan berkenaan CFA 2.0
  1. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, bertarikh 10 Jun 2021;
  2. Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam, bertarikh 9 Ogos 2021; dan
  3. PK 2.6: Pekeliling Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam, berkuat kuasa mulai 15 April 2022.
  4. Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam.
210103 Software all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance.
210104 Software / system development including maintenance-data entry / data processing.
210105 Telecommunication / networking supply product, infrastructure, services including maintenance LAN / WAN / Internet / wireless / satellite.
210106 Data management – provide service including maintenance (database / web hosting, disaster, planning / recovery, information storage / retrieval).
210107 ICT security and firewall, Encryption, PKI, Antivirus.
Status Kontrak Kaedah Perolehan
Kontrak yang Masih Berkuat Kuasa
  • Agensi boleh meneruskan kontrak sedia ada sehingga tempoh kontrak tersebut tamat;
  • Bagi kontrak yang akan tamat pada atau sebelum 30 September 2022, Agensi dibenarkan untuk melanjutkan kontrak sehingga tempoh maksimum selama satu (1) tahun sahaja (tempoh interim). Pelanjutan kontrak ini adalah tertakluk kepada tatacara sedia ada; dan
  • Perolehan baharu selepas tempoh interim hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun.
Kontrak yang Telah Tamat Pembaharuan lesen hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun
Kontrak Baharu Perolehan baharu hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun.
Nota: Kontrak Pusat Master Licensing Agreement (MLA) telah tamat pada 1 Februari 2021.
  1. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  2. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  3. JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
  4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
Nota: Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP bagi produk Google Workspace.

Berdasarkan PK2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, Para 5.3.1 (c):

 

“Sekiranya teknologi cloud yang diperlukan adalah spesifik dan hanya dapat dibekalkan oleh satu CSP sahaja (sole provider) dari kalangan panel CSP, MAMPU (yang kini dikenali sebagai JDN) hendaklah mengesahkan perkara tersebut dan memutuskan kesesuaian perolehan berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus. Agensi hendaklah melaksanakan rundingan harga berdasarkan tatacara yang berkuat kuasa sebelum dimuktamadkan di peringkat PBM”.
Agensi perlu mengemukakan permohonan pengecualian kepada JDN melalui emel/ surat rasmi dengan menyertakan maklumat berikut:

 

  1. Pengecualian Pengkomputeran Awan
    1. Maklumat projek yang hendak dilaksanakan;
    2. Justifikasi ketidaksesuaian projek untuk dilaksanakan menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan; dan
    3. Dokumen sokongan (dokumen akta, klasifikasi data, arkitektur sistem atau yang seumpanya selaras dengan PKPA 1/2021 Para 12) yang menyokong justifikasi.
  2. Pengecualian CFA
    1. Perincian perkhidmatan yang ingin dilanggani; dan
    2. Dokumen sokongan (emel atau yang seumpamanya) daripada semua Panel CSP yang memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut tidak disediakan oleh mereka.
Ya.
Pengecualian Pengkomputeran Awan - PKPA 1/2021 - Para 12 Pengecualian penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan dibolehkan sekiranya terdapat halangan dari sudut perundangan, keselamatan, arkitektur sistem dan keperluan prosesan berprestasi tinggi (high performance processing).
PK2.6 - Para 3.2:
Agensi yang ingin mendapatkan perkhidmatan cloud selain daripada yang dinyatakan di platform https://mygovcloudcfa.gov.my atau tidak dapat ditawarkan oleh panel CSP/MSP atau melibatkan elemen keselamatan/perundangan, hendaklah melaksanakan perkhidmatan cloud tersebut secara kaedah perolehan sedia ada yang berkuat kuasa dengan mendapat kelulusan pengecualian penggunaan CFA daripada JDN.

 

Senario 1:
Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut digunakan secara meluas di sektor awam (well known/common) seperti Adobe, Kahoot, AutoCad dan lain-lain, pengecualian boleh dipertimbangkan.

 

Senario 2:
Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut tidak digunakan secara meluas di sektor awam dan agensi pemohon belum menggunakannya:

  1. Agensi perlu membuat kajian pasaran di kalangan empat (4) Panel MSP/CSP untuk mendapatkan produk/perkhidmatan yang setara; dan
  2. Sekiranya hasil kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada produk yang setara, pengecualian boleh dipertimbangkan.
PKPA Bil. 1/2021

 

Pemakaian pekeliling ini terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua:
  1. Perkhidmatan Awam Negeri;
  2. Pihak Berkuasa Berkanun; dan
  3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
SPA Bil. 7/2024

 

Surat Pekeliling Am ini terpakai kepada semua agensi Sektor Awam bagi semua projek ICT yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Persekutuan atau projek ICT yang dilaksanakan melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI)/ Public-Private Partnership (PPP).

 

Agensi perlu merujuk PKPA Bil.1/2021 dan SPA Bil.7/2024
Tempoh langganan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah CFA bagi setiap projek adalah di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun.
Ya. Klasifikasi data penting bagi menentukan jenis pengkomputeran awan yang boleh digunakan, sama ada public cloud (GHC), private cloud (PDSA) atau pusat data agensi sendiri.
Agensi perlu menjalankan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rahsia rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan (data-dalam-simpanan, data-dalam-pergerakan dan data-dalam-penggunaan) di pengkomputeran awan.
Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam merupakan gandingan antara JDN sebagai penyedia perkhidmatan cloud Kerajaan dengan empat (4) panel cloud service provider (CSP) iaitu :

 

  1. Amazon Web Services (AWS) Sdn. Bhd.;
  2. Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.;
  3. Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.; dan
  4. Telekom Malaysia Berhad.
Manakala Managed Service Provider (MSP) yang merupakan syarikat tempatan yang dilantik oleh CSP masing-masing iaitu :

 

  1. Radmik Solutions Sdn. Bhd.
  2. Awantec System Sdn. Bhd.
  3. Enfrasys Solutions Sdn. Bhd.
  4. Cloud Connect Sdn. Bhd.
PANEL CSP TAMAT KONTRAK CFA PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK CFA
AWS / Radmik 31 Disember 2024 Enam (6) bulan + enam (6) bulan tertakluk ketersediaan CFA 2.0 (yang mana terdahulu) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 - 31 Disember 2025
Google / Awantec 31 Disember 2024 Enam (6) bulan + Enam (6) bulan tertakluk ketersediaan CFA 2.0 (yang mana terdahulu) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 - 31 Disember 2025
Microsoft / Enfrasys 28 Februari 2025 Empat (4) bulan + (6) bulan tertakluk ketersediaan CFA 2.0 (yang mana terdahulu) berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 - 31 Disember 2025
TM / Cloud Connec 31 Disember 2024 Enam (6) bulan + enam (6) bulan tertakluk ketersediaan CFA 2.0 (yang mana terdahulu) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 - 31 Disember 2025
Kajian Impak dan Halatuju MyGovCloud@CFA telah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) pada September 2024 dan telah diperakukan oleh Kementerian Digital pada Oktober 2024.

Cadangan pelaksanaan MyGovCloud@CFA 2.0 masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
Tarikh Kemas Kini: 12/06/2025