Skip to main content

Portal Rasmi MyGovCloud@CFA Jabatan Digital Negara

Sesi Libat Urus Perkhidmatan Pengkomputeran Awan MyGovCloud@CFA Bersama Agensi Baharu

 

Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan Digital (BPG), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Perkhidmatan Pengkomputeran Awan MyGovCloud@CFA Bersama Agensi Baharu pada 21 Julai 2026 bertempat di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya. Program tersebut telah dihadiri oleh 90 peserta daripada pelbagai kementerian dan agensi persekutuan yang belum atau baharu menggunakan perkhidmatan MyGovCloud@CFA.

Program ini menjadi medium perkongsian inisiatif pendigitalan yang berjaya dilaksanakan oleh kementerian/jabatan/agensi sebagai panduan dan rujukan melalui perkhidmatan MyGovCloud@CFA. Selain itu, program ini menjadi wadah perkongsian maklumat kepada agensi untuk menyuntik elemen emerging technology dalam pengkomputeran awan yang boleh diadaptasi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Bagi memastikan agensi mematuhi dasar, tatacara perolehan Kerajaan, pekeliling dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa, pengisian program pada sesi pagi adalah berkaitan keselamatan maklumat selaras dengan SPA Bil.2 Tahun 2021, Pendekatan Whole-of-Government (WoG) Sektor Awam,  Inisiatif Pengkomputeran Awan Sektor Awam, dan Perkhidmatan MyGovCloud@CFA masing-masing oleh wakil CGSO, Bahagian Perancangan Perkhidmatan Digital (BPPD),  Bahagian Perundingan Digital (BPD) dan Pejabat Pengurusan Pengkomputeran Awan (CMO). Manakala pengisian sesi petang adalah melibatkan perkongsian teknologi terkini oleh Panel Cloud Service Provider (CSP) AWS, Microsoft, Google dan TM.

Program dirasmikan oleh Pengarah BPG, YBrs. Puan Hamidah binti Mat Saat @ Abas. Beliau turut memberi galakan kepada para peserta untuk memanfaatkan inisiatif peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC) bagi perkhidmatan MyGovCloud@CFA di peringkat Kementerian/Agensi selaras menyokong aspirasi negara ke arah pengadaptasian emerging technology dalam sektor awam. Penganjuran program ini diharap dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang pelaksanaan MyGovCloud@CFA kepada para peserta yang hadir.

SLAID PEMBENTANGAN

GALERI PROGRAM

IMG_20260721_103928
IMG_20260721_112005
IMG_20260721_121605
2026_SLU_Microsoft_TU
2026_SLU_Google_TU
2026_SLU_TM_TU
2026_SLU_AWS_TU