1PeruntukanApakah kategori agensi yang layak menggunakan peruntukan bagi langganan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah JDN?
Peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC) hanya layak digunakan oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan sahaja buat masa ini.
2PeruntukanAdakah kos penggunaan perkhidmatan awan ditanggung oleh JDN?
Agensi boleh memohon kepada JDN bagi penggunaan peruntukan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah projek Government Hybrid Cloud (GHC). Peruntukan hanya boleh digunakan bagi skop perkhidmatan berikut:
- Infrastructure as a Service (IaaS);
- Platform as a Service (PaaS);
- Software as a Service (SaaS);
- Cloud professional services yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP;
- Cloud managed services yang ditawarkan oleh MSP.
Professional services dan managed services yang tidak berkaitan secara langsung dengan perkhidmatan pengkomputeran awan yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP tidak termasuk dalam skop yang ditanggung oleh JDN. Peruntukan GHC di bawah JDN hanya merangkumi lima (5) jenis perkhidmatan tersebut di atas yang disediakan oleh empat (4) Panel CSP dan empat (4) MSP sahaja.
Perkhidmatan lain seperti pembangunan, penyelenggaraan serta khidmat sokongan berkaitan sistem dan yang seumpamanya tidak tertakluk di bawah tanggungan JDN.
Nota: Hanya perkhidmatan yang disebutkan di atas yang ditanggung oleh JDN di bawah peruntukan GHC.
3PeruntukanApakah skop perkhidmatan yang tidak termasuk dalam peruntukan dalam Projek Government Hybrid Cloud (GHC) JDN dan perlu disediakan oleh agensi?
Pembangunan sistem (yang memerlukan pelantikan System Integrator (SI)), penyelenggaraan sistem, pengoperasian/managed services berkaitan sistem. Perkhidmatan tersebut perlu disedia menggunakan peruntukan agensi.