JAWATANKUASA PENILAIAN PERKHIDMATAN CLOUD SEKTOR AWAM (JPPCSA) JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN)
PENGENALAN
JPPCSA JDN ditubuhkan untuk menilai permohonan pengkomputeran awan yang dikemukakan oleh agensi sektor awam berdasarkan kepada Pekeliling/ Garis Panduan berkaitan pengkomputeran awan yang sedang berkuat kuasa.
BIDANG TUGAS
Melaksanakan penilaian permohonan pengkomputeran awan bagi memastikan selari dengan dasar dan peraturan semasa yang berkuatkuasa bagi projek di bawah had nilai JTISA:
- Permohonan penggunaan peruntukan di bawah seliaan JDN bagi langganan perkhidmatan pengkomputeran awan.
- Permohonan penentuan kaedah perolehan bersesuaian mengikut pekeliling perolehan perkhidmatan pengkomputeran awan semasa yang berkuatkuasa.
- Permohonan pengecualian daripada penggunaan pengkomputeran awan sekiranya terdapat halangan dari sudut perundangan, keselamatan, arkitektur sistem dan keperluan prosesan berprestasi tinggi (high performance processing) dan lain-lain sebab atas kepentingan Kerajaan.
- Permohonan pengecualian daripada Cloud Framework Agreement (CFA) sekiranya Panel Cloud Service Provider (CSP) tidak berupaya untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan dan lain-lain sebab atas kepentingan Kerajaan.
- Permohonan kelulusan perolehan lesen Microsoft.
TAKWIM JPPCSA TAHUN 2026
| BIL | PERKARA | TENTATIF TARIKH MESYUARAT JPPSCA JDN | TARIKH AKHIR PENGHANTARAN PERMOHONAN LENGKAP |
|---|---|---|---|
| 1. | Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2026 | 11 Februari 2026 | 28 Januari 2026 |
| 2. | Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2026 | 29 April 2026 | 15 April 2026 |
| 3. | Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2026 | 24 Jun 2026 | 10 Jun 2026 |
| 4. | Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2026 | 26 Ogos 2026 | 12 Ogos 2026 |
| 5. | Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2026 | 28 Oktober 2026 | 14 Oktober 2026 |
TEMPOH PERMOHONAN
- Permohonan kelulusan JPPCSA dibuka sepanjang tahun. Permohonan yang diterima selepas tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya.
- Permohonan lengkap yang telah dikemaskini setelah sesi semakan bersama Urus Setia JPPCSA hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh mesyuarat.
FORMAT PERMOHONAN
- Format Permohonan Kelulusan JPPCSA >> Templat Slaid Permohonan Cloud JDN 2026
- Permohonan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JPPCSA JDN melalui e-mel mygovcloud@jdn.gov.my
RUJUKAN
- Surat Pekeliling Am (SPA) Bilangan 7 Tahun 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam
- Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bil. 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan Berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan Terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology)
- PK 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam
- SPA Bil. 2 2021 versi 2.0: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam
- PKPA Bil. 1 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
MAKLUMAT LANJUT
Urus Setia Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan Cloud Sektor Awam (JPPCSA)
Pejabat Pengurusan Pengkomputeran Awan (CMO)
Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital (KD)
Tel: 03 – 8872 6254
E-mel: mygovcloud@jdn.gov.my
Pejabat Pengurusan Pengkomputeran Awan (CMO)
Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital (KD)
Tel: 03 – 8872 6254
E-mel: mygovcloud@jdn.gov.my