22Lain-lainAgensi manakah yang layak menggunakan CFA?
PKPA Bil. 1/2021
Pemakaian pekeliling ini terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua:
- Perkhidmatan Awam Negeri;
- Pihak Berkuasa Berkanun; dan
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
SPA Bil. 7/2024
Surat Pekeliling Am ini terpakai kepada semua agensi Sektor Awam bagi semua projek ICT yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Persekutuan atau projek ICT yang dilaksanakan melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI)/ Public-Private Partnership (PPP).
Agensi perlu merujuk PKPA Bil.1/2021 dan SPA Bil.7/2024
23Lain-lainApakah Tempoh Langganan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan di bawah CFA?
Tempoh langganan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah CFA bagi setiap projek adalah di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun.
24Lain-lainAdakah agensi perlu melaksanakan klasifikasi data terlebih dahulu sebelum memohon perkhidmatan Government Hybrid Cloud (GHC)?
Ya. Klasifikasi data penting bagi menentukan jenis pengkomputeran awan yang boleh digunakan, sama ada public cloud (GHC), private cloud (PDSA) atau pusat data agensi sendiri.
25Lain-lainApakah ciri-ciri keselamatan tambahan yang perlu dilakukan oleh pihak Agensi bagi perkhidmatan pengkomputeran awan terutamanya bagi data terperingkat?
Agensi perlu menjalankan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rahsia rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan (data-dalam-simpanan, data-dalam-pergerakan dan data-dalam-penggunaan) di pengkomputeran awan.
26Lain-lainSiapakah penyedia Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam?
Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam merupakan gandingan antara JDN sebagai penyedia perkhidmatan cloud Kerajaan dengan empat (4) panel cloud service provider (CSP) iaitu :
- Amazon Web Services (AWS) Sdn. Bhd.;
- Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.;
- Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.; dan
- Telekom Malaysia Berhad.
Manakala Managed Service Provider (MSP) yang merupakan syarikat tempatan yang dilantik oleh CSP masing-masing iaitu :
- Radmik Solutions Sdn. Bhd.
- Awantec System Sdn. Bhd.
- Enfrasys Solutions Sdn. Bhd.
- Cloud Connect Sdn. Bhd.
27Lain-lainBilakah tempoh kuatkuasa Cloud Framework Agreement (CFA) semasa?
| PANEL CSP | TAMAT KONTRAK CFA | PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK CFA KALI KETIGA |
|---|---|---|
| AWS / Radmik | 31 Disember 2024 | 1 Julai 2026- 30 Jun 2027 |
| Google / Awantec | 31 Disember 2024 | 1 Julai 2026 - 30 Jun 2027 |
| Microsoft / Enfrasys | 28 Februari 2025 | 1 Julai 2026 - 30 Jun 2027 |
| TM / Cloud Connec | 31 Disember 2024 | 1 Julai 2026 - 30 Jun 2027 |
28Lain-lainAdakah kerajaan akan melaksanakan CFA 2.0 sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan pengkomputeran awan dalam sektor awam?
Kajian Impak dan Halatuju MyGovCloud@CFA telah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) pada September 2024 dan telah diperakukan oleh Kementerian Digital pada Oktober 2024.
Cadangan pelaksanaan MyGovCloud@CFA 2.0 masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.