4PermohonanApakah prosedur atau tatacara permohonan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan?
Berdasarkan SPA Bilangan 7 2024, kelulusan teknikal bagi permohonan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah nilai RM10 juta adalah di peringkat JPICT Agensi/Kementerian.
Walau bagaimanapun, agensi hendaklah mengemukakan permohonan kepada JDN (emel kepada mygovcloud@jdn.gov.my) setelah mendapat kelulusan JPICT Agensi/Kementerian bagi perkara-perkara berikut:
- Berhasrat untuk menggunakan peruntukan di bawah JDN;
- Terdapat keperluan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus kerana hanya terdapat 1 Panel CSP/MSP sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan (sole provider berdasarkan PK2.6); dan
- Permohonan pengecualian pengkomputeran awan atau Cloud Framework Agreement (CFA).
Terdapat empat (4) tatacara perolehan pengkomputeran awan seperti berikut:
- Kos Projek Kurang dari RM10 Juta dan Menggunakan Peruntukan JDN
- Mengenal pasti keperluan perkhidmatan teras (business requirement) berdasarkan ketetapan stakeholders dan menentukan anggaran peruntukan.;
- Melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan;
- Melaksanakan klasifikasi data seperti ketetapan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;
- Mendapatkan pandangan/ulasan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berkaitan arkitektur keselamatan yang dicadangkan menerusi projek bagi memastikan pematuhan terhadap SPA Bil. 2/2021 dan Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bilangan 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);
- Melaksanakan kajian pasaran dan melaksanakan proof of concept (POC) sekiranya perlu:
- Bagi Maklumat Rasmi - kajian pasaran dengan semua 4 MSP; atau
- Bagi Maklumat Rahsia Rasmi (Terhad dan Sulit) - kajian pasaran dengan MSP yang menawarkan perkhidmatan cloud dengan residensi data berada di dalam negara.
- Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Digital Negara berkaitan pelaksanaan pengkomputeran awan (sekiranya perlu);
- Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
- Mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (JPPCSA) JDN; dan
- Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
- Kos Projek Kurang dari RM10 Juta dan Menggunakan Peruntukan Selain Peruntukan JDN
- Mengenal pasti keperluan perkhidmatan teras (business requirement) berdasarkan ketetapan stakeholders dan menentukan anggaran peruntukan.;
- Melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan;
- Melaksanakan klasifikasi data seperti ketetapan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;
- Mendapatkan pandangan/ulasan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berkaitan arkitektur keselamatan yang dicadangkan menerusi projek bagi memastikan pematuhan terhadap SPA Bil. 2/2021 dan Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bilangan 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);
- Melaksanakan kajian pasaran dan melaksanakan proof of concept (POC) sekiranya perlu:
- Bagi Maklumat Rasmi - kajian pasaran dengan semua 4 MSP; atau
- Bagi Maklumat Rahsia Rasmi (Terhad dan Sulit) - kajian pasaran dengan MSP yang menawarkan perkhidmatan cloud dengan residensi data berada di dalam negara.
- Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Digital Negara berkaitan pelaksanaan pengkomputeran awan (sekiranya perlu);
- Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi; dan
- Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
- Kos Projek RM10 Juta dan ke Atas
Tatacara adalah sepertimana permohonan kelulusan teknikal JTISA;
- Mengenal pasti keperluan perkhidmatan teras (business requirement) berdasarkan ketetapan stakeholders dan menentukan anggaran peruntukan.;
- Melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan;
- Melaksanakan klasifikasi data seperti ketetapan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;
- Mendapatkan pandangan/ulasan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berkaitan arkitektur keselamatan yang dicadangkan menerusi projek bagi memastikan pematuhan terhadap SPA Bil. 2/2021 dan Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bilangan 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);
- Melaksanakan kajian pasaran dan melaksanakan proof of concept (POC) sekiranya perlu:
- Bagi Maklumat Rasmi - kajian pasaran dengan semua 4 MSP; atau
- Bagi Maklumat Rahsia Rasmi (Terhad dan Sulit) - kajian pasaran dengan MSP yang menawarkan perkhidmatan cloud dengan residensi data berada di dalam negara.
- Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Digital Negara berkaitan pelaksanaan pengkomputeran awan (sekiranya perlu);
- Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
- Mendapatkan kelulusan JTISA; dan; dan
- Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
- Kos Projek Kurang dari RM10 Juta dan Menggunakan Peruntukan Selain Peruntukan JDN yang Melibatkan
Managed Service Provider (MSP) sebagai Pengedar Tunggal (
Sole Provider)
- Melaksanakan kajian pasaran melalui pengedar tunggal;
- Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
- Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal MyGovCloud@CFA;
- JDN mengesahkan bahawa produk hanya ditawarkan oleh satu CSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
- Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
Nota: Permohonan kelulusan JPPCSA hendaklah dikemukakan kepada JDN melalui mygovcloud@jdn.gov.my
5PermohonanApakah kriteria projek langganan perkhidmatan pengkomputeran awan yang perlu mendapatkan kelulusan JDN?
Berdasarkan SPA 7/2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam, kelulusan teknikal projek ICT adalah berdasarkan had nilai seperti berikut:
| PROJEK | PERINGKAT KELULUSAN | |||
|---|---|---|---|---|
| Skop Projek | Nilai Projek (RM) | Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan | JPICT Kementerian | JTISA |
| Pembangunan Sistem | < 200k | / | ||
| ≥ 200K < 5J | / | |||
| ≥ 5J | / | / | ||
| Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan | < 200k | / | ||
| ≥ 200K < 10J | / | |||
| ≥ 10J | / | / | ||
| Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT. Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA. | < 200k | / | ||
| ≥ 200K < 10J | / | |||
| ≥ 10J | / | / | ||
| PROJEK | PERINGKAT KELULUSAN | ||||
|---|---|---|---|---|---|
| Skop Projek | Nilai Projek (RM) | Ketua Agensi | JPICT Agensi | JPICT Kementerian | JTISA |
| Pembangunan Sistem | < 50k | / | |||
| < 200k | / | ||||
| ≥ 200K < 5J | / | / | |||
| ≥ 5J | / | / | / | ||
| Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan | < 50k | / | |||
| < 200k | / | ||||
| ≥ 200K < 10J | / | / | |||
| ≥ 10J | / | / | / | ||
| Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT. Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA | < 50k | / | |||
| < 200k | / | ||||
| ≥ 200K < 10J | / | / | |||
| ≥ 10J | / | / | / | ||
6PermohonanAdakah semua projek langganan perkhidmatan pengkomputeran awan yang ingin dilaksanakan oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan perlu mendapat kelulusan JDN?
- Semua projek dengan kos di atas RM10 juta (Kelulusan JTISA);
- Hanya projek dengan kos di bawah RM10 juta (Kelulusan Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan Cloud Sektor Awam (JPPCSA)) yang berkaitan seperti berikut:
- Permohonan penggunaan Peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC).
- Permohonan pengesahan Kaedah Perolehan secara Rundingan Terus.
- Permohonan pengecualian Cloud atau pengecualian Cloud Framework Agreement (CFA).
- Permohonan kelulusan perolehan lesen Microsoft.
Nota: Permohonan kelulusan JPPCSA hendaklah dihantar kepada mygovcloud@jdn.gov.my
7PermohonanApakah prosedur atau tatacara untuk permohonan Google Workspace For Education?
- Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
- Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
- JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
- Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
Nota: Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP bagi produk Google Workspace.
8PermohonanApakah tatacara permohonan dan perolehan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan selepas tamat CFA?
Permohonan dan perolehan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam tempoh pelanjutan CFA boleh dilaksanakan seperti biasa berdasarkan tatacara semasa yang berkuat kuasa sehingga dimaklumkan berkenaan CFA 2.0