9PerolehanApakah pekeliling yang boleh dijadikan panduan bagi perolehan perkhidmatan pengkomputeran awan?
  1. Surat Arahan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara Bilangan 2 Tahun 2026: Panduan Keseluruhan Kerajaan (Whole-of-Government, WoG) Sektor Awam;
  2. Surat Pekeliling Am Bilangan 7 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam;
  3. Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bil. 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan Berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan Terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);
  4. PK 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam;
  5. Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 versi 2.0: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;
  6. PKPA Bil. 1 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
10PerolehanApakah Kod Bidang bersesuaian bagi perolehan pengkomputeran awan?
210103Software all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance.
210104Software / system development including maintenance-data entry / data processing.
210105Telecommunication / networking supply product, infrastructure, services including maintenance LAN / WAN / Internet / wireless / satellite.
210106Data management – provide service including maintenance (database / web hosting, disaster, planning / recovery, information storage / retrieval).
210107ICT security and firewall, Encryption, PKI, Antivirus.
11PerolehanBagaimanakah kaedah perolehan lesen perisian Microsoft?
Status KontrakKaedah Perolehan
Kontrak yang Masih Berkuat Kuasa
  • Agensi boleh meneruskan kontrak sedia ada sehingga tempoh kontrak tersebut tamat;
  • Bagi kontrak yang akan tamat pada atau sebelum 30 September 2022, Agensi dibenarkan untuk melanjutkan kontrak sehingga tempoh maksimum selama satu (1) tahun sahaja (tempoh interim). Pelanjutan kontrak ini adalah tertakluk kepada tatacara sedia ada; dan
  • Perolehan baharu selepas tempoh interim hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun.
Kontrak yang Telah TamatPembaharuan lesen hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun
Kontrak BaharuPerolehan baharu hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun.

Nota: Kontrak Pusat Master Licensing Agreement (MLA) telah tamat pada 1 Februari 2021.

12PerolehanApakah prosedur atau tatacara untuk melaksanakan perolehan Google Workspace For Education?
  1. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  2. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  3. JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
  4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

Nota: Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP bagi produk Google Workspace.

13PerolehanAdakah Kaedah Perolehan Secara Rundingan Terus Terpakai Untuk Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan?

Berdasarkan PK2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, Para 5.3.1 (c):

“Sekiranya teknologi cloud yang diperlukan adalah spesifik dan hanya dapat dibekalkan oleh satu CSP sahaja (sole provider) dari kalangan panel CSP, MAMPU (yang kini dikenali sebagai JDN) hendaklah mengesahkan perkara tersebut dan memutuskan kesesuaian perolehan berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus. Agensi hendaklah melaksanakan rundingan harga berdasarkan tatacara yang berkuat kuasa sebelum dimuktamadkan di peringkat PBM”.