1. Rujukan umum

Kandungan portal bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat mengenai CFA, panel CSP dan MSP, takwim JPPCSA serta rujukan berkaitan. Pengguna disaran mendapatkan pengesahan JDN bagi perkara yang memerlukan keputusan atau penjelasan rasmi.

2. Dokumen dan ketetapan rasmi

Maklumat portal tidak menggantikan pekeliling, peraturan perolehan, syarat perjanjian atau keputusan rasmi pihak berkuasa yang berkenaan. Jika terdapat perbezaan maklumat, sila rujuk dokumen rasmi yang berkuat kuasa dan dapatkan penjelasan daripada pihak yang mengeluarkannya.

3. Ketepatan dan perubahan maklumat

Maklumat, tarikh mesyuarat, pautan dan dokumen boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Sila semak maklumat terkini sebelum membuat permohonan atau mengambil tindakan berdasarkan kandungan portal.

4. Pautan pihak ketiga

Pautan ke laman luar disediakan bagi memudahkan rujukan. Kandungan, ketersediaan dan dasar laman tersebut tertakluk kepada pengurusan pihak berkenaan. Penyediaan pautan tidak bermaksud pengesahan terhadap semua kandungan laman pihak ketiga.

5. Ketersediaan portal dan pertanyaan

Capaian portal boleh dipengaruhi oleh penyelenggaraan atau gangguan teknikal. Sebarang ketidakselarasan maklumat atau pautan yang tidak berfungsi boleh dimaklumkan kepada mygovcloud@jdn.gov.my.