14PengecualianApakah tatacara permohonan pengecualian pengkomputeran awan/ CFA
Agensi perlu mengemukakan permohonan pengecualian kepada JDN melalui emel/ surat rasmi dengan menyertakan maklumat berikut:
- Pengecualian Pengkomputeran Awan
- Maklumat projek yang hendak dilaksanakan;
- Justifikasi ketidaksesuaian projek untuk dilaksanakan menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan; dan
- Dokumen sokongan (dokumen akta, klasifikasi data, arkitektur sistem atau yang seumpanya selaras dengan PKPA 1/2021 Para 12) yang menyokong justifikasi.
- Pengecualian CFA
- Perincian perkhidmatan yang ingin dilanggani; dan
- Dokumen sokongan (emel atau yang seumpamanya) daripada semua Panel CSP yang memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut tidak disediakan oleh mereka.
15PengecualianAdakah semua Agensi Sektor Awam perlu memohon kelulusan/ pengesahan kepada JDN bagi pelaksanaan/pengecualian pengkomputeran awan?
Ya.
Pengecualian Pengkomputeran Awan - PKPA 1/2021 - Para 12 Pengecualian penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan dibolehkan sekiranya terdapat halangan dari sudut perundangan, keselamatan, arkitektur sistem dan keperluan prosesan berprestasi tinggi (high performance processing).
16PengecualianBagaimana sekiranya sesuatu produk/ perkhidmatan pengkomputeran awan yang dimohon tidak ditawarkan oleh semua Panel CSP?
PK2.6 - Para 3.2:
Agensi yang ingin mendapatkan perkhidmatan cloud selain daripada yang dinyatakan di platform https://mygovcloudcfa.gov.my atau tidak dapat ditawarkan oleh panel CSP/MSP atau melibatkan elemen keselamatan/perundangan, hendaklah melaksanakan perkhidmatan cloud tersebut secara kaedah perolehan sedia ada yang berkuat kuasa dengan mendapat kelulusan pengecualian penggunaan CFA daripada JDN.
Senario 1:
Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut digunakan secara meluas di sektor awam (well known/common) seperti Adobe, Kahoot, AutoCad dan lain-lain, pengecualian boleh dipertimbangkan.
Senario 2:
Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut tidak digunakan secara meluas di sektor awam dan agensi pemohon belum menggunakannya:
- Agensi perlu membuat kajian pasaran di kalangan empat (4) Panel MSP/CSP untuk mendapatkan produk/perkhidmatan yang setara; dan
- Sekiranya hasil kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada produk yang setara, pengecualian boleh dipertimbangkan.