17KeselamatanBagaimanakah tadbir urus dan kawalan keselamatan data Kerajaan Malaysia diuruskan di bawah CFA?
- Cloud Service Provider (CSP) yang telah memasuki CFA dengan pihak Kerajaan adalah terikat untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selamat dan terjamin serta selaras dengan skop perkhidmatan dan harga perkhidmatan yang dipersetujui.
- Managed Service Provider (MSP)/CSP tidak boleh mendedahkan apa-apa jua data atau maklumat kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan Malaysia. MSP/CSP juga hendaklah memastikan perjanjian tersebut ditadbir menurut undang-undang Malaysia.
- Sekiranya dapat dibuktikan bahawa perkhidmatan awan CSP yang disediakan termasuk data yang disimpan oleh CSP dan MSP adalah tidak selamat dan terjamin, Kerajaan berhak untuk tidak meneruskan CFA dan menamatkan mana-mana Perjanjian Pelaksanaan pada bila-bila masa. Perjanjian Pelaksanaan ini merujuk kepada terma dan syarat yang dirundingkan dan ditetapkan melalui perjanjian pelaksanaan perkhidmatan awan CSP bagi agensi sektor awam yang berkenaan.
18KeselamatanBagaimanakah risiko akses data oleh pihak berkuasa asing (seperti U.S. CLOUD Act) dimitigasi di bawah CFA?
- CLOUD Act membolehkan penyedia teknologi di bawah bidang kuasa AS menyerahkan data yang diminta walaupun disimpan di luar AS. Namun, penguatkuasaan di negara asing perlu menghormati kedaulatan dan prinsip kewilayahan. Permintaan AS berkaitan CLOUD Act juga tertakluk kepada Triti Bantuan Bersama Malaysia - AS. Sebarang permintaan hendaklah tidak menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara, serta memenuhi syarat dual criminality dan threshold bagi menentukan sama ada kesalahan berkenaan merupakan serious offence di Malaysia.
- Dalam pelaksanaan CFA di Malaysia, Kerajaan telah mengambil kira perkara ini dan data Kerajaan yang ditempatkan di CSP dalam negara adalah dilindungi di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621], di mana sebarang permintaan pihak berkuasa asing bagi tujuan siasatan jenayah perlu melalui saluran diplomatik.
- Memandangkan pusat data berada di dalam sempadan fizikal Malaysia, sebarang hak akses fizikal, tindakan penguatkuasaan dan perintah penyitaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Malaysia.
- Bagi mekanisme mitigasi risiko, agensi hendaklah mematuhi semua akta, peraturan, arahan, dasar dan pekeliling kerajaan berkaitan perlindungan maklumat dan pengkomputeran awan yang berkuat kuasa.
19KeselamatanApakah langkah perlindungan yang diwajibkan di bawah CFA untuk melindungi maklumat terperingkat Kerajaan Malaysia?
- Aspek Kontrak dan Perundangan
Templat kontrak langganan cloud akan dibekalkan oleh JDN untuk rujukan agensi pelaksana bagi dimurnikan bersama-sama Pegawai Undang-Undang (PUU) agensi masing-masing. Antara klausa berkaitan keselamatan dalam kontrak ini termasuk:
- Klausa 8: Pematuhan Dasar Kerajaan Dan Keperluan Teknikal Cloud;
- Klausa 9: Obligasi-Obligasi Syarikat;
- Klausa 10: Indemniti Dan Liabiliti;
- Klausa 11: Kerahsiaan;
- Klausa 16: Penamatan Atas Kepentingan Negara, Keselamatan Negara, Dasar Kerajaan Atau Dasar Awam;
- Klausa 18: Keselamatan Dan Prosedur-Prosedur Keselamatan;
- Klausa 20: Hak Harta Intelek; dan
- Lain-lain yang berkaitan mengikut keperluan.
- Aspek Tadbir Urus
Berdasarkan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017), pemilik data bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya ke atas maklumat Kerajaan.
- Aspek Kawalan Teknikal
Pemilik data diwajibkan melaksanakan kawalan teknikal berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam, antaranya:
- Penyulitan Data (Encryption): Menggunakan algoritma penyulitan yang disahkan selamat oleh Kerajaan (AKSA MySEAL); dan
- Pengurusan Sandaran Data: Melaksanakan sandaran (backup) serta menjalankan ujian pemulihan data (data restoration test) secara berkala.
20KeselamatanAdakah JDN telah menyediakan sebarang penilaian risiko, garis panduan, polisi atau dokumen rasmi yang boleh dijadikan rujukan oleh agensi sektor awam bagi menjelaskan bahawa penggunaan perkhidmatan awan melalui CFA telah mengambil kira aspek keselamatan siber, kedaulatan data serta implikasi perundangan rentas sempadan?
- Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perlindungan maklumat dan keselamatan siber telah membangunkan arahan, polisi dan garis panduan keselamatan maklumat.
- Agensi sektor awam bertanggungjawab untuk melaksanakan pengelasan maklumat, penilaian risiko keselamatan data dan mengambil tindakan pengukuhan yang bersesuaian dengan mematuhi aspek keselamatan yang terkandung dalam arahan dan pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa, di antaranya:
- Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017);
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 Versi 2.0: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022: Garis Panduan Sanitasi Media Elektronik dalam Perkhidmatan Awam;
- Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bil. 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan Berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan Terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);
- Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2024: Garis Panduan Pengurusan Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2024: Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan Sistem ICT Sektor Awam; dan
- Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025: Garis Panduan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam (Business Continuity Management - BCM).
21KeselamatanApakah cadangan klausa tambahan yang perlu dimasukkan ke dalam kontrak langganan perkhidmatan pengkomputeran awan bagi tujuan keselamatan?
“Bagi mana-mana Cloud Service Provider (CSP) di bawah CFA yang membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada Kerajaan dengan menggunakan atau mengintegrasikan perkhidmatan daripada CSP asing atau pihak ketiga yang dilantik oleh pihak CSP berkenaan yang bukan di bawah CFA, di mana perkhidmatan tersebut tertakluk kepada bidang kuasa dan perundangan negara asal CSP tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada US CLOUD Act atau seumpamanya), pihak CSP dan MSP di bawah kontrak CFA ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang tindakan CSP asing atau pihak ketiga tersebut.
Sehubungan itu, CSP atau MSP hendaklah mendapatkan persetujuan dan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Digital Negara (JDN) sebelum sebarang tindakan yang bertentangan dengan obligasi kontrak ini diambil, termasuk sebarang pemberian akses, pendedahan, atau penzahiran ke atas data Kerajaan atau data di bawah perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut kepada mana-mana pihak sivil mahupun pihak berkuasa asing.”