Program Public Sector Day Malaysia 2025 anjuran GovInsider bersama AWS telah diadakan pada 15 April 2025 di Le Méridien Hotel, Putrajaya. Bersempena program tersebut, GovInsider turut memberi pengiktirafan Public Sector Day Malaysia Innovation Awards 2025. YBrs. Puan Hamidah binti Mat Saat @ Abas, Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan Digital, JDN telah menerima pengiktirafan utama iaitu Public Sector Modenization Award 2025 di atas usaha menjayakan pelaksanaan pengkomputeran awan sektor awam di bawah Cloud Framework Agreement (CFA). Selain itu, JDN turut menerima anugerah bagi kategori Citizen Impact Excellence Award 2025 bagi Aplikasi Mudah Alih Bersepadu Perkhidmatan Kerajaan. Pengiktirafan tersebut telah diterima oleh YBrs. Puan Zuraidah binti Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi, JDN.