Tempoh Permohonan
Permohonan kelulusan JPPCSA dibuka sepanjang tahun. Permohonan yang diterima selepas tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya.
Permohonan lengkap yang telah dikemaskini setelah sesi semakan bersama Urus Setia JPPCSA hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh mesyuarat.



