Skip to main content

Portal Rasmi MyGovCloud@CFA Jabatan Digital Negara

MyGovCloud@CFA — Header
Pusat Bantuan • MyGovCloud@CFA

Soalan Lazim Pengkomputeran Awan

Cari jawapan berkaitan peruntukan, permohonan, perolehan, pengecualian CFA, keselamatan dan pelaksanaan perkhidmatan pengkomputeran awan sektor awam.

Bagaimana kami boleh membantu?

Pilih kategori atau gunakan carian untuk mendapatkan jawapan dengan lebih pantas.

28 soalan
PeruntukanApakah kategori agensi yang layak menggunakan peruntukan bagi langganan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah JDN?

Peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC) hanya layak digunakan oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan sahaja buat masa ini.

PeruntukanAdakah kos penggunaan perkhidmatan awan ditanggung oleh JDN?

Agensi boleh memohon kepada JDN bagi penggunaan peruntukan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah projek Government Hybrid Cloud (GHC). Peruntukan hanya boleh digunakan bagi skop perkhidmatan berikut:

1. Infrastructure as a Service (IaaS);

2. Platform as a Service (PaaS);

3. Software as a Service (SaaS);

4. Cloud professional services yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP;

5. Cloud managed services yang ditawarkan oleh MSP.

Professional services dan managed services yang tidak berkaitan secara langsung dengan perkhidmatan pengkomputeran awan yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP tidak termasuk dalam skop yang ditanggung oleh JDN. Peruntukan GHC di bawah JDN hanya merangkumi lima (5) jenis perkhidmatan tersebut di atas yang disediakan oleh empat (4) Panel CSP dan empat (4) MSP sahaja.

Perkhidmatan lain seperti pembangunan, penyelenggaraan serta khidmat sokongan berkaitan sistem dan yang seumpamanya tidak tertakluk di bawah tanggungan JDN.

Nota: Hanya perkhidmatan yang disebutkan di atas yang ditanggung oleh JDN di bawah peruntukan GHC.

PeruntukanApakah skop perkhidmatan yang tidak termasuk dalam peruntukan dalam Projek Government Hybrid Cloud (GHC) JDN dan perlu disediakan oleh agensi?

Pembangunan sistem (yang memerlukan pelantikan System Integrator (SI)), penyelenggaraan sistem, pengoperasian/managed services berkaitan sistem. Perkhidmatan tersebut perlu disedia menggunakan peruntukan agensi.

PermohonanApakah prosedur atau tatacara permohonan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan?

Berdasarkan SPA Bilangan 7 2024, kelulusan teknikal bagi permohonan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah nilai RM10 juta adalah di peringkat JPICT Agensi/Kementerian.

Walau bagaimanapun, agensi hendaklah mengemukakan permohonan kepada JDN (emel kepada mygovcloud@jdn.gov.my) setelah mendapat kelulusan JPICT Agensi/Kementerian bagi perkara-perkara berikut:

1. Berhasrat untuk menggunakan peruntukan di bawah JDN;

2. Terdapat keperluan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus kerana hanya terdapat 1 Panel CSP/MSP sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan (sole provider berdasarkan PK2.6); dan

3. Permohonan pengecualian pengkomputeran awan atau Cloud Framework Agreement (CFA).

Terdapat empat (4) tatacara perolehan pengkomputeran awan seperti berikut:

A.

Kos Projek Kurang dari RM10 Juta dan Menggunakan Peruntukan JDN

1. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan teras (business requirement) berdasarkan ketetapan stakeholders dan menentukan anggaran peruntukan.;

2. Melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan;

3. Melaksanakan klasifikasi data seperti ketetapan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;

4. Mendapatkan pandangan/ulasan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berkaitan arkitektur keselamatan yang dicadangkan menerusi projek bagi memastikan pematuhan terhadap SPA Bil. 2/2021 dan Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bilangan 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);

5. Melaksanakan kajian pasaran dan melaksanakan proof of concept (POC) sekiranya perlu:

a. Bagi Maklumat Rasmi - kajian pasaran dengan semua 4 MSP; atau

b. Bagi Maklumat Rahsia Rasmi (Terhad dan Sulit) - kajian pasaran dengan MSP yang menawarkan perkhidmatan cloud dengan residensi data berada di dalam negara.

6. Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Digital Negara berkaitan pelaksanaan pengkomputeran awan (sekiranya perlu);

7. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;

8. Mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (JPPCSA) JDN; dan

9. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

B.

Kos Projek Kurang dari RM10 Juta dan Menggunakan Peruntukan Selain Peruntukan JDN

1. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan teras (business requirement) berdasarkan ketetapan stakeholders dan menentukan anggaran peruntukan.;

2. Melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan;

3. Melaksanakan klasifikasi data seperti ketetapan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;

4. Mendapatkan pandangan/ulasan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berkaitan arkitektur keselamatan yang dicadangkan menerusi projek bagi memastikan pematuhan terhadap SPA Bil. 2/2021 dan Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bilangan 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);

5. Melaksanakan kajian pasaran dan melaksanakan proof of concept (POC) sekiranya perlu:

a. Bagi Maklumat Rasmi - kajian pasaran dengan semua 4 MSP; atau

b. Bagi Maklumat Rahsia Rasmi (Terhad dan Sulit) - kajian pasaran dengan MSP yang menawarkan perkhidmatan cloud dengan residensi data berada di dalam negara.

6. Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Digital Negara berkaitan pelaksanaan pengkomputeran awan (sekiranya perlu);

7. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi; dan

8. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

C.

Kos Projek RM10 Juta dan ke Atas

Tatacara adalah sepertimana permohonan kelulusan teknikal JTISA;

1. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan teras (business requirement) berdasarkan ketetapan stakeholders dan menentukan anggaran peruntukan.;

2. Melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan;

3. Melaksanakan klasifikasi data seperti ketetapan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 – Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;

4. Mendapatkan pandangan/ulasan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berkaitan arkitektur keselamatan yang dicadangkan menerusi projek bagi memastikan pematuhan terhadap SPA Bil. 2/2021 dan Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bilangan 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);

5. Melaksanakan kajian pasaran dan melaksanakan proof of concept (POC) sekiranya perlu:

a. Bagi Maklumat Rasmi - kajian pasaran dengan semua 4 MSP; atau

b. Bagi Maklumat Rahsia Rasmi (Terhad dan Sulit) - kajian pasaran dengan MSP yang menawarkan perkhidmatan cloud dengan residensi data berada di dalam negara.

6. Mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Digital Negara berkaitan pelaksanaan pengkomputeran awan (sekiranya perlu);

7. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;

8. Mendapatkan kelulusan JTISA; dan; dan

9. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

D.

Kos Projek Kurang dari RM10 Juta dan Menggunakan Peruntukan Selain Peruntukan JDN yang Melibatkan Managed Service Provider (MSP) sebagai Pengedar Tunggal (Sole Provider)

1. Melaksanakan kajian pasaran melalui pengedar tunggal;

2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;

3. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal MyGovCloud@CFA;

4. JDN mengesahkan bahawa produk hanya ditawarkan oleh satu CSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;

5. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

Nota: Permohonan kelulusan JPPCSA hendaklah dikemukakan kepada JDN melalui mygovcloud@jdn.gov.my

PermohonanApakah kriteria projek langganan perkhidmatan pengkomputeran awan yang perlu mendapatkan kelulusan JDN?

Berdasarkan SPA 7/2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam, kelulusan teknikal projek ICT adalah berdasarkan had nilai seperti berikut:

HAD NILAI KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT BAGI KEMENTERIAN
PROJEKPERINGKAT KELULUSAN
Skop ProjekNilai Projek
(RM)
Ketua Setiausaha /
Ketua Jabatan
JPICT
Kementerian
JTISA
Pembangunan Sistem< 200k/
≥ 200K < 5J/
≥ 5J//
Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan< 200k/
≥ 200K < 10J/
≥ 10J//
Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT.

Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA.
< 200k/
≥ 200K < 10J/
≥ 10J//
HAD NILAI KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT BAGI AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN
PROJEKPERINGKAT KELULUSAN
Skop ProjekNilai Projek
(RM)
Ketua
Agensi
JPICT
Agensi
JPICT
Kementerian
JTISA
Pembangunan Sistem< 50k/
< 200k/
≥ 200K < 5J//
≥ 5J///
Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan< 50k/
< 200k/
≥ 200K < 10J//
≥ 10J///
Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT.

Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA
< 50k/
< 200k/
≥ 200K < 10J//
≥ 10J///
PermohonanAdakah semua projek langganan perkhidmatan pengkomputeran awan yang ingin dilaksanakan oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan perlu mendapat kelulusan JDN?

1. Semua projek dengan kos di atas RM10 juta (Kelulusan JTISA);

2. Hanya projek dengan kos di bawah RM10 juta (Kelulusan Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan Cloud Sektor Awam (JPPCSA)) yang berkaitan seperti berikut:

i. Permohonan penggunaan Peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC).

ii. Permohonan pengesahan Kaedah Perolehan secara Rundingan Terus.

iii. Permohonan pengecualian Cloud atau pengecualian Cloud Framework Agreement (CFA).

iv. Permohonan kelulusan perolehan lesen Microsoft.

Nota: Permohonan kelulusan JPPCSA hendaklah dihantar kepada mygovcloud@jdn.gov.my

PermohonanApakah prosedur atau tatacara untuk permohonan Google Workspace For Education?

1. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;

2. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;

3. JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;

4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

Nota: Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP bagi produk Google Workspace.

PermohonanApakah tatacara permohonan dan perolehan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan selepas tamat CFA?

Permohonan dan perolehan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam tempoh pelanjutan CFA boleh dilaksanakan seperti biasa berdasarkan tatacara semasa yang berkuat kuasa sehingga dimaklumkan berkenaan CFA 2.0

PerolehanApakah pekeliling yang boleh dijadikan panduan bagi perolehan perkhidmatan pengkomputeran awan?

1. Surat Arahan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara Bilangan 2 Tahun 2026: Panduan Keseluruhan Kerajaan (Whole-of-Government, WoG) Sektor Awam;

2. Surat Pekeliling Am Bilangan 7 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam;

3. Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bil. 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan Berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan Terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);

4. PK 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam;

5. Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 versi 2.0: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;

6. PKPA Bil. 1 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam

PerolehanApakah Kod Bidang bersesuaian bagi perolehan pengkomputeran awan?
210103Software all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance.
210104Software / system development including maintenance-data entry / data processing.
210105Telecommunication / networking supply product, infrastructure, services including maintenance LAN / WAN / Internet / wireless / satellite.
210106Data management – provide service including maintenance (database / web hosting, disaster, planning / recovery, information storage / retrieval).
210107ICT security and firewall, Encryption, PKI, Antivirus.
PerolehanBagaimanakah kaedah perolehan lesen perisian Microsoft?
Status KontrakKaedah Perolehan
Kontrak yang Masih Berkuat Kuasa
  • Agensi boleh meneruskan kontrak sedia ada sehingga tempoh kontrak tersebut tamat;
  • Bagi kontrak yang akan tamat pada atau sebelum 30 September 2022, Agensi dibenarkan untuk melanjutkan kontrak sehingga tempoh maksimum selama satu (1) tahun sahaja (tempoh interim). Pelanjutan kontrak ini adalah tertakluk kepada tatacara sedia ada; dan
  • Perolehan baharu selepas tempoh interim hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun.
Kontrak yang Telah TamatPembaharuan lesen hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun
Kontrak BaharuPerolehan baharu hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun.

Nota: Kontrak Pusat Master Licensing Agreement (MLA) telah tamat pada 1 Februari 2021.

PerolehanApakah prosedur atau tatacara untuk melaksanakan perolehan Google Workspace For Education?

1. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;

2. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;

3. JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;

4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

Nota: Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP bagi produk Google Workspace.

PerolehanAdakah Kaedah Perolehan Secara Rundingan Terus Terpakai Untuk Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan?

Berdasarkan PK2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, Para 5.3.1 (c):

“Sekiranya teknologi cloud yang diperlukan adalah spesifik dan hanya dapat dibekalkan oleh satu CSP sahaja (sole provider) dari kalangan panel CSP, MAMPU (yang kini dikenali sebagai JDN) hendaklah mengesahkan perkara tersebut dan memutuskan kesesuaian perolehan berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus. Agensi hendaklah melaksanakan rundingan harga berdasarkan tatacara yang berkuat kuasa sebelum dimuktamadkan di peringkat PBM”.

PengecualianApakah tatacara permohonan pengecualian pengkomputeran awan/ CFA

Agensi perlu mengemukakan permohonan pengecualian kepada JDN melalui emel/ surat rasmi dengan menyertakan maklumat berikut:

1. Pengecualian Pengkomputeran Awan

i. Maklumat projek yang hendak dilaksanakan;

ii. Justifikasi ketidaksesuaian projek untuk dilaksanakan menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan; dan

iii. Dokumen sokongan (dokumen akta, klasifikasi data, arkitektur sistem atau yang seumpanya selaras dengan PKPA 1/2021 Para 12) yang menyokong justifikasi.

2. Pengecualian CFA

i. Perincian perkhidmatan yang ingin dilanggani; dan

ii. Dokumen sokongan (emel atau yang seumpamanya) daripada semua Panel CSP yang memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut tidak disediakan oleh mereka.

PengecualianAdakah semua Agensi Sektor Awam perlu memohon kelulusan/ pengesahan kepada JDN bagi pelaksanaan/pengecualian pengkomputeran awan?

Ya.

Pengecualian Pengkomputeran Awan - PKPA 1/2021 - Para 12 Pengecualian penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan dibolehkan sekiranya terdapat halangan dari sudut perundangan, keselamatan, arkitektur sistem dan keperluan prosesan berprestasi tinggi (high performance processing).

PengecualianBagaimana sekiranya sesuatu produk/ perkhidmatan pengkomputeran awan yang dimohon tidak ditawarkan oleh semua Panel CSP?

PK2.6 - Para 3.2:

Agensi yang ingin mendapatkan perkhidmatan cloud selain daripada yang dinyatakan di platform https://mygovcloudcfa.gov.my atau tidak dapat ditawarkan oleh panel CSP/MSP atau melibatkan elemen keselamatan/perundangan, hendaklah melaksanakan perkhidmatan cloud tersebut secara kaedah perolehan sedia ada yang berkuat kuasa dengan mendapat kelulusan pengecualian penggunaan CFA daripada JDN.

Senario 1:

Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut digunakan secara meluas di sektor awam (well known/common) seperti Adobe, Kahoot, AutoCad dan lain-lain, pengecualian boleh dipertimbangkan.

Senario 2:

Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut tidak digunakan secara meluas di sektor awam dan agensi pemohon belum menggunakannya:

1. Agensi perlu membuat kajian pasaran di kalangan empat (4) Panel MSP/CSP untuk mendapatkan produk/perkhidmatan yang setara; dan

2. Sekiranya hasil kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada produk yang setara, pengecualian boleh dipertimbangkan.

KeselamatanBagaimanakah tadbir urus dan kawalan keselamatan data Kerajaan Malaysia diuruskan di bawah CFA?

1. Cloud Service Provider (CSP) yang telah memasuki CFA dengan pihak Kerajaan adalah terikat untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selamat dan terjamin serta selaras dengan skop perkhidmatan dan harga perkhidmatan yang dipersetujui.

2. Managed Service Provider (MSP)/CSP tidak boleh mendedahkan apa-apa jua data atau maklumat kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan Malaysia. MSP/CSP juga hendaklah memastikan perjanjian tersebut ditadbir menurut undang-undang Malaysia.

3. Sekiranya dapat dibuktikan bahawa perkhidmatan awan CSP yang disediakan termasuk data yang disimpan oleh CSP dan MSP adalah tidak selamat dan terjamin, Kerajaan berhak untuk tidak meneruskan CFA dan menamatkan mana-mana Perjanjian Pelaksanaan pada bila-bila masa. Perjanjian Pelaksanaan ini merujuk kepada terma dan syarat yang dirundingkan dan ditetapkan melalui perjanjian pelaksanaan perkhidmatan awan CSP bagi agensi sektor awam yang berkenaan.

KeselamatanBagaimanakah risiko akses data oleh pihak berkuasa asing (seperti U.S. CLOUD Act) dimitigasi di bawah CFA?

1. CLOUD Act membolehkan penyedia teknologi di bawah bidang kuasa AS menyerahkan data yang diminta walaupun disimpan di luar AS. Namun, penguatkuasaan di negara asing perlu menghormati kedaulatan dan prinsip kewilayahan. Permintaan AS berkaitan CLOUD Act juga tertakluk kepada Triti Bantuan Bersama Malaysia - AS. Sebarang permintaan hendaklah tidak menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara, serta memenuhi syarat dual criminality dan threshold bagi menentukan sama ada kesalahan berkenaan merupakan serious offence di Malaysia.

2. Dalam pelaksanaan CFA di Malaysia, Kerajaan telah mengambil kira perkara ini dan data Kerajaan yang ditempatkan di CSP dalam negara adalah dilindungi di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621], di mana sebarang permintaan pihak berkuasa asing bagi tujuan siasatan jenayah perlu melalui saluran diplomatik.

3. Memandangkan pusat data berada di dalam sempadan fizikal Malaysia, sebarang hak akses fizikal, tindakan penguatkuasaan dan perintah penyitaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Malaysia.

4. Bagi mekanisme mitigasi risiko, agensi hendaklah mematuhi semua akta, peraturan, arahan, dasar dan pekeliling kerajaan berkaitan perlindungan maklumat dan pengkomputeran awan yang berkuat kuasa.

KeselamatanApakah langkah perlindungan yang diwajibkan di bawah CFA untuk melindungi maklumat terperingkat Kerajaan Malaysia?

1. Aspek Kontrak dan Perundangan

Templat kontrak langganan cloud akan dibekalkan oleh JDN untuk rujukan agensi pelaksana bagi dimurnikan bersama-sama Pegawai Undang-Undang (PUU) agensi masing-masing. Antara klausa berkaitan keselamatan dalam kontrak ini termasuk:

i. Klausa 8: Pematuhan Dasar Kerajaan Dan Keperluan Teknikal Cloud;

ii. Klausa 9: Obligasi-Obligasi Syarikat;

iii. Klausa 10: Indemniti Dan Liabiliti;

iv. Klausa 11: Kerahsiaan;

v. Klausa 16: Penamatan Atas Kepentingan Negara, Keselamatan Negara, Dasar Kerajaan Atau Dasar Awam;

vi. Klausa 18: Keselamatan Dan Prosedur-Prosedur Keselamatan;

vii. Klausa 20: Hak Harta Intelek; dan

viii. Lain-lain yang berkaitan mengikut keperluan.

2. Aspek Tadbir Urus

Berdasarkan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017), pemilik data bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya ke atas maklumat Kerajaan.

3. Aspek Kawalan Teknikal

Pemilik data diwajibkan melaksanakan kawalan teknikal berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam, antaranya:

i. Penyulitan Data (Encryption): Menggunakan algoritma penyulitan yang disahkan selamat oleh Kerajaan (AKSA MySEAL); dan

ii. Pengurusan Sandaran Data: Melaksanakan sandaran (backup) serta menjalankan ujian pemulihan data (data restoration test) secara berkala.

KeselamatanAdakah JDN telah menyediakan sebarang penilaian risiko, garis panduan, polisi atau dokumen rasmi yang boleh dijadikan rujukan oleh agensi sektor awam bagi menjelaskan bahawa penggunaan perkhidmatan awan melalui CFA telah mengambil kira aspek keselamatan siber, kedaulatan data serta implikasi perundangan rentas sempadan?

1. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perlindungan maklumat dan keselamatan siber telah membangunkan arahan, polisi dan garis panduan keselamatan maklumat.

2. Agensi sektor awam bertanggungjawab untuk melaksanakan pengelasan maklumat, penilaian risiko keselamatan data dan mengambil tindakan pengukuhan yang bersesuaian dengan mematuhi aspek keselamatan yang terkandung dalam arahan dan pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa, di antaranya:

i. Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017);

ii. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam;

iii. Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 Versi 2.0: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;

iv. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022: Garis Panduan Sanitasi Media Elektronik dalam Perkhidmatan Awam;

v. Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bil. 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan Berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan Terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);

vi. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2024: Garis Panduan Pengurusan Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam;

vii. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2024: Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan Sistem ICT Sektor Awam; dan

viii. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025: Garis Panduan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam (Business Continuity Management - BCM).

KeselamatanApakah cadangan klausa tambahan yang perlu dimasukkan ke dalam kontrak langganan perkhidmatan pengkomputeran awan bagi tujuan keselamatan?

“Bagi mana-mana Cloud Service Provider (CSP) di bawah CFA yang membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada Kerajaan dengan menggunakan atau mengintegrasikan perkhidmatan daripada CSP asing atau pihak ketiga yang dilantik oleh pihak CSP berkenaan yang bukan di bawah CFA, di mana perkhidmatan tersebut tertakluk kepada bidang kuasa dan perundangan negara asal CSP tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada US CLOUD Act atau seumpamanya), pihak CSP dan MSP di bawah kontrak CFA ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang tindakan CSP asing atau pihak ketiga tersebut.

Sehubungan itu, CSP atau MSP hendaklah mendapatkan persetujuan dan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Digital Negara (JDN) sebelum sebarang tindakan yang bertentangan dengan obligasi kontrak ini diambil, termasuk sebarang pemberian akses, pendedahan, atau penzahiran ke atas data Kerajaan atau data di bawah perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut kepada mana-mana pihak sivil mahupun pihak berkuasa asing.”

Lain-lainAgensi manakah yang layak menggunakan CFA?

PKPA Bil. 1/2021

Pemakaian pekeliling ini terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua:

1. Perkhidmatan Awam Negeri;

2. Pihak Berkuasa Berkanun; dan

3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPA Bil. 7/2024

Surat Pekeliling Am ini terpakai kepada semua agensi Sektor Awam bagi semua projek ICT yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Persekutuan atau projek ICT yang dilaksanakan melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI)/ Public-Private Partnership (PPP).

Agensi perlu merujuk PKPA Bil.1/2021 dan SPA Bil.7/2024

Lain-lainApakah Tempoh Langganan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan di bawah CFA?

Tempoh langganan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah CFA bagi setiap projek adalah di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun.

Lain-lainAdakah agensi perlu melaksanakan klasifikasi data terlebih dahulu sebelum memohon perkhidmatan Government Hybrid Cloud (GHC)?

Ya. Klasifikasi data penting bagi menentukan jenis pengkomputeran awan yang boleh digunakan, sama ada public cloud (GHC), private cloud (PDSA) atau pusat data agensi sendiri.

Lain-lainApakah ciri-ciri keselamatan tambahan yang perlu dilakukan oleh pihak Agensi bagi perkhidmatan pengkomputeran awan terutamanya bagi data terperingkat?

Agensi perlu menjalankan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rahsia rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan (data-dalam-simpanan, data-dalam-pergerakan dan data-dalam-penggunaan) di pengkomputeran awan.

Lain-lainSiapakah penyedia Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam?

Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam merupakan gandingan antara JDN sebagai penyedia perkhidmatan cloud Kerajaan dengan empat (4) panel cloud service provider (CSP) iaitu :

1. Amazon Web Services (AWS) Sdn. Bhd.;

2. Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.;

3. Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.; dan

4. Telekom Malaysia Berhad.

Manakala Managed Service Provider (MSP) yang merupakan syarikat tempatan yang dilantik oleh CSP masing-masing iaitu :

1. Radmik Solutions Sdn. Bhd.

2. Awantec System Sdn. Bhd.

3. Enfrasys Solutions Sdn. Bhd.

4. Cloud Connect Sdn. Bhd.

Lain-lainBilakah tempoh kuatkuasa Cloud Framework Agreement (CFA) semasa?
PANEL CSPTAMAT KONTRAK CFAPELANJUTAN TEMPOH KONTRAK CFA KALI KETIGA
AWS / Radmik31 Disember 20241 Julai 2026- 30 Jun 2027
Google / Awantec31 Disember 20241 Julai 2026 - 30 Jun 2027
Microsoft / Enfrasys28 Februari 20251 Julai 2026 - 30 Jun 2027
TM / Cloud Connec31 Disember 20241 Julai 2026 - 30 Jun 2027
Lain-lainAdakah kerajaan akan melaksanakan CFA 2.0 sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan pengkomputeran awan dalam sektor awam?

Kajian Impak dan Halatuju MyGovCloud@CFA telah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) pada September 2024 dan telah diperakukan oleh Kementerian Digital pada Oktober 2024.

Cadangan pelaksanaan MyGovCloud@CFA 2.0 masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.

Masih belum jumpa jawapan?

Hubungi CMO, Jabatan Digital Negara untuk maklumat lanjut.

mygovcloud@jdn.gov.my
Tarikh Kemas Kini: 08/09/2026