Portal Rasmi MyGovCloud@CFA Jabatan Digital Negara

JAWATANKUASA PENILAIAN PERKHIDMATAN CLOUD SEKTOR AWAM (JPPCSA) JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN)

PENGENALAN

JPPCSA JDN ditubuhkan untuk menilai permohonan pengkomputeran awan yang dikemukakan oleh agensi sektor awam berdasarkan kepada Pekeliling/ Garis Panduan berkaitan pengkomputeran awan yang sedang berkuat kuasa.

BIDANG TUGAS

Melaksanakan penilaian permohonan pengkomputeran awan bagi memastikan selari dengan dasar dan peraturan semasa yang berkuatkuasa bagi projek di bawah had nilai JTISA:

  • Permohonan penggunaan peruntukan di bawah seliaan JDN bagi langganan perkhidmatan pengkomputeran awan.
  • Permohonan penentuan kaedah perolehan bersesuaian mengikut pekeliling perolehan perkhidmatan pengkomputeran awan semasa yang berkuatkuasa.
  • Permohonan pengecualian daripada penggunaan pengkomputeran awan sekiranya terdapat halangan dari sudut perundangan, keselamatan, arkitektur sistem dan keperluan prosesan berprestasi tinggi (high performance processing) dan lain-lain sebab atas kepentingan Kerajaan.
  • Permohonan pengecualian daripada Cloud Framework Agreement (CFA) sekiranya Panel Cloud Service Provider (CSP) tidak berupaya untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan dan lain-lain sebab atas kepentingan Kerajaan.
  • Permohonan kelulusan perolehan lesen Microsoft.

TAKWIM JPPCSA TAHUN 2026

BIL PERKARA TENTATIF TARIKH MESYUARAT JPPSCA JDN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN PERMOHONAN LENGKAP
1. Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2026 11 Februari 2026 28 Januari 2026
2. Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2026 29 April 2026 15 April 2026
3. Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2026 24 Jun 2026 10 Jun 2026
4. Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2026 26 Ogos 2026 12 Ogos 2026
5. Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2026 28 Oktober 2026 14 Oktober 2026

TEMPOH PERMOHONAN

  • Permohonan kelulusan JPPCSA dibuka sepanjang tahun. Permohonan yang diterima selepas tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya.
  • Permohonan lengkap yang telah dikemaskini setelah sesi semakan bersama Urus Setia JPPCSA hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh mesyuarat.

FORMAT PERMOHONAN


RUJUKAN


MAKLUMAT LANJUT

Urus Setia Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan Cloud Sektor Awam (JPPCSA)
Pejabat Pengurusan Pengkomputeran Awan (CMO)
Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital (KD)
Tel: 03 – 8872 6254
E-mel: mygovcloud@jdn.gov.my