Pekeliling Perbendaharaan (PK) 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam
Skop Perkhidmatan Cloud Service Provider (CSP)
Skop 01Para 2.2.1 (i)
Menyediakan pengurusan pelaksanaan perkhidmatan;
Skop 02Para 2.2.1 (ii)
Menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) jenis akaun atau peringkat akaun perkhidmatan iaitu:
- Akaun MAMPU (master account): Sebagai pentadbir CFA, boleh melanggan, memantau penggunaan cloud, maklumat bil/caj pembayaran perkhidmatan bagi semua agensi Kerajaan dan fungsi-fungsi lain yang berkaitan;
- Akaun Agensi Kerajaan (sub-account): Sebagai pengguna perkhidmatan yang boleh melanggan, mengkonfigurasi, memantau penggunaan cloud, melakukan optimasi perkhidmatan, bil/caj dan pembayaran bagi agensi masing-masing dan fungsi-fungsi lain yang berkaitan.
Skop 03Para 2.2.1 (iii)
Menyediakan perkhidmatan IaaS, PaaS, SaaS, XaaS dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan cloud yang selamat kepada Kerajaan;
Skop 04Para 2.2.1 (iv)
Menyediakan Service Level Agreement (SLA) bagi setiap perkhidmatan berkenaan;
Skop 05Para 2.2.1 (v)
Menyediakan perkhidmatan profesional termasuk cadangan dan perancangan teknikal, konfigurasi, migrasi dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan;
Skop 06Para 2.2.1 (vi)
Menyediakan trial period/akaun demo bagi setiap service catalogue yang terpilih tanpa obligasi bayaran;
Skop 07Para 2.2.1 (vii)
Menyediakan meja bantuan dan khidmat sokongan:
- Beroperasi dengan lancar;
- Mempunyai perkhidmatan profesional dan local support bagi perkhidmatan yang ditawarkan;
- Memaklumkan insiden serta status insiden melalui emel dan/atau SMS;
- Memastikan insiden diselesaikan mengikut tempoh penyelesaian insiden yang ditawarkan mengikut SLA yang dicadangkan;
- Menyediakan bilangan kakitangan meja bantuan dan khidmat sokongan;
- Menyediakan response time dan resolution time berdasarkan severity level;
Skop 08Para 2.2.1 (viii)
Menyediakan perkhidmatan seperti termaktub dalam kontrak dan memastikan perkhidmatan tersebut dilaksanakan secara teratur dan memuaskan;
Skop 09Para 2.2.1 (ix)
Memberikan kerjasama kepada Agensi dan/atau wakil Agensi yang dilantik oleh Agensi (seperti System Integrator – SI) yang melanggan perkhidmatan;
Skop 10Para 2.2.1 (x)
Agensi akan membuat bayaran melalui MSP bagi perkhidmatan yang digunakan.
Sumber: Pekeliling Perbendaharaan (PK) 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam (Para 2.2.1)
Tarikh Kemas Kini Portal: 14 September 2026
