Skop 01
Para 2.2.2 (i)Memantau SLA bagi setiap perkhidmatan yang disediakan;
Portal Rasmi MyGovCloud@CFA Jabatan Digital Negara
Pekeliling Perbendaharaan (PK) 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam
Skop perkhidmatan MSP sebagaimana dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan (PK) 2.6.
Memantau SLA bagi setiap perkhidmatan yang disediakan;
Menyediakan Cloud Management Platform (CMP);
Konsolidasi katalog, memberi cadangan pelaksanaan sumber dan metering/billing bagi status bayaran;
Menyediakan perkhidmatan profesional, konsultasi dan latihan cloud;
Mewujudkan pusat khidmat sokongan;
Membekalkan lesen perisian secara on-premises (jika berkaitan);
Mewujud dan menyelenggara sistem pemantauan perolehan aset lesen perisian oleh setiap kementerian/agensi;
Mewujudkan pusat khidmat pelanggan/panggilan setempat;
Memastikan perisian adalah tulen;
Bekerjasama dengan SI yang dilantik oleh Agensi sebagai subkontraktor dinamakan;
Memberi latihan pemasangan, penyelenggaraan perisian;
Menyediakan perkhidmatan penggunaan profesional dan bermula perancangan, migrasi ke cloud, konfigurasi dan pengujian perkhidmatan (jika perlu);
Menyediakan dokumentasi dan laporan secara berkala bagi setiap langganan dan melalui dashboard;
Pelan perancangan bagi kedua-dua program penggalakan penggunaan perkhidmatan kepada agensi sektor awam dan memberikan kursus certified/non-certified secara percuma kepada pegawai Kerajaan yang bersesuaian;
Menyediakan bilangan kakitangan yang cukup serta berkemampuan bagi memberi khidmat sokongan 24X7;
Menyediakan pasukan projek yang berupaya melaksanakan perkhidmatan; dan
Agensi yang memerlukan perkhidmatan akan membuat sebut harga dan akan mengikat kontrak dengan MSP yang mengandungi jenis perkhidmatan, nilai perolehan serta SLA yang ditawarkan.