Portal Rasmi MyGovCloudCFA JDN

  1. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, bertarikh 10 Jun 2021;
  2. Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
    Dalam Perkhidmatan Awam, bertarikh 9 Ogos 2021; dan
  3. PK 2.6: Pekeliling Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam,
    berkuat kuasa mulai 15 April 2022.
  4. Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam.

Terdapat empat (4) tatacara perolehan pengkomputeran awan seperti berikut:

a. Kos Projek Kurang Dari RM5 Juta Menggunakan Peruntukan JDN

  1. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
  2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  3. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  4. Mendapatkan kelulusan JPICT JDN; dan
  5. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

b. Kos Projek Kurang Dari RM5 Juta Menggunakan Peruntukan Selain Peruntukan JDN

  1. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP).
  2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi.
  3. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN; dan
  4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

c. Kos Projek RM5 Juta dan Ke Atas

Tatacara adalah sepertimana permohonan kelulusan teknikal JTISA.

  1. Melaksanakan kajian pasaran terhadap empat (4) Panel Managed Service Provider (MSP);
  2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  3. Permohonan dikunci masuk ke dalam Sistem PROFIT; dan
  4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6

d. Kos Projek Kurang Dari RM5 Juta Menggunakan Peruntukan Selain JDN Dengan MSP Sebagai Pengedar Tunggal (Sole Provider)

  1. Melaksanakan kajian pasaran melalui pengedar tunggal;
  2. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  3. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  4. JDN mengesahkan bahawa produk hanya ditawarkan oleh satu CSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus; dan
  5. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
  1. Kontrak yang masih berkuat kuasa
    1. Agensi boleh meneruskan kontrak sedia ada sehingga tempoh kontrak tersebut tamat;
    2. Bagi kontrak yang akan tamat pada atau sebelum 30 September 2022, Agensi dibenarkan untuk melanjutkan kontrak sehingga tempoh maksimum selama satu (1) tahun sahaja (tempoh interim). Pelanjutan kontrak ini adalah tertakluk kepada tatacara sedia ada; dan
    3. Perolehan baharu selepas tempoh interim hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6.
  2. Kontrak yang telah tamat
    1. Pembaharuan lesen hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6.
  3. Kontrak baharu
    1. Perolehan baharu hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6.

Nota: Kontrak Pusat Master Licensing Agreement (MLA) telah tamat pada 1 Februari 2021.

  1. Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
  2. Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
  3. JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus; dan
  4. Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.

Nota: Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd. telah melantik Syarikat Awantec System Sdn. Bhd. sebagai MSP bagi produk Google Workspace.

Agensi boleh memohon kepada JDN bagi penggunaan peruntukan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah projek Government Hybrid Cloud (GHC). Peruntukan hanya boleh digunakan bagi skop perkhidmatan berikut:

      1. Infrastucture as a service (IaaS);
      2. Platform as a service (PaaS);
      3. Software as a service (SaaS); dan
      4. Cloud professional services yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP; dan
      5. Cloud managed services yang ditawarkan oleh MSP.

 

Nota:
Professional services dan managed services yang tidak berkaitan secara langsung dengan perkhidmatan pengkomputeran awan yang ditawarkan oleh Panel CSP dan
MSP tidak termasuk dalam skop yang ditanggung oleh JDN.


Peruntukan GHC di bawah JDN hanya merangkumi lima (5) jenis perkhidmatan tersebut di atas yang disediakan oleh empat (4) Panel CSP dan empat (4) MSP sahaja. Perkhidmatan lain seperti pembangunan, penyelenggaraan serta khidmat sokongan berkaitan sistem dan yang seumpamanya tidak tertakluk di bawah tanggungan JDN.

Pembangunan sistem (yang memerlukan pelantikan System Integrator (SI)), penyelenggaraan sistem, integrasi sistem, pengoperasian/managed services berkaitan sistem. Perkhidmatan tersebut perlu disedia menggunakan peruntukan agensi.

Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam merupakan gandingan antara JDN sebagai penyedia perkhidmatan cloud Kerajaan dengan empat (4) panel Cloud Service Provider (CSP):

  1. Amazon Web Services (AWS) Sdn. Bhd.;
  2. Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.;
  3. Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.; dan
  4. Telekom Malaysia Berhad.

 

Manakala Managed Service Provider (MSP), yang merupakan syarikat tempatan yang dilantik oleh CSP masing-masing, adalah seperti berikut:

  1. Radmik Solutions Sdn. Bhd.;
  2. Awantec Systems Sdn. Bhd.;
  3. Enfrasys Solutions Sdn. Bhd.; dan
  4. Cloud Connect Sdn. Bhd.

 

 

210103Software all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance.
210104Software / system development including maintenance-data entry / data processing.
210105Telecommunication / networking supply product, infrastructure, services including maintenance LAN / WAN / Internet / wireless / satellite.
210106Data management – provide service including maintenance (database / web hosting, disaster, planning / recovery, information storage / retrieval).
210107ICT security and firewall, Encryption, PKI, Antivirus.

 

Senario 1

Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut digunakan secara meluas di sektor awam (well-known/common) seperti Adobe, Kahoot, AutoCad, dan lain-lain, pengecualian boleh dipertimbangkan.

Senario 2

Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut tidak digunakan secara meluas di sektor awam dan agensi pemohon belum menggunakannya:

  1. Agensi perlu membuat kajian pasaran di kalangan empat (4) Panel MSP/CSP untuk mendapatkan produk/perkhidmatan yang setara; dan
  2. Sekiranya hasil kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada produk yang setara, pengecualian boleh dipertimbangkan.

Tidak perlu. Perisian on-premises yang tertakluk di bawah CFA meliputi produk Microsoft dan ianya adalah kesinambungan daripada kontrak pusat MLA yang telah tamat.

PKPA Bil. 1/2021
Pemakaian pekeliling ini terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini
dipanjangkan kepada semua:

  1. Perkhidmatan Awam Negeri;
  2. Pihak Berkuasa Berkanun; dan
  3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPA Bil. 7/2024
Surat Pekeliling Am ini terpakai kepada semua agensi Sektor Awam bagi semua projek ICT
yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Persekutuan atau projek ICT yang dilaksanakan melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI)/ Public-Private Partnership (PPP).

Agensi perlu merujuk PKPA Bil.1/2021 dan SPA Bil.7/2024

Ya. Klasifikasi data penting bagi menentukan jenis pengkomputeran awan yang boleh digunakan, sama ada public cloud (GHC), private cloud (PDSA) atau pusat data agensi sendiri.

Agensi perlu menjalankan penilaian risiko keselamatan maklumat agar teknologi untuk melindungi data rahsia rasmi dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan (data-dalam simpanan, data-dalam-pergerakan dan data-dalam-penggunaan) di pengkomputeran awan.

Berdasarkan PK2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, Para 5.3.1 (c):

“Sekiranya teknologi cloud yang diperlukan adalah spesifik dan hanya dapat dibekalkan oleh satu CSP sahaja (sole provider) dari kalangan panel CSP, JDN (yang dahulunya dikenali sebagai MAMPU) hendaklah mengesahkan perkara tersebut dan memutuskan kesesuaian perolehan berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus. Agensi hendaklah melaksanakan rundingan harga berdasarkan tatacara yang berkuat kuasa sebelum dimuktamadkan di peringkat PBM”.

Tempoh langganan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah CFA bagi setiap projek adalah di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun.

PANEL CSP/MSP TAMAT KONTRAK CFA
AWS / Radmik 31 Disember 2024
Google / Awantec 31 Disember 2024
Microsoft / Enfrasys 28 Februari 2025
TM / Cloud Connect 31 Disember 2024

Kajian Impak dan Halatuju MyGovCloud@CFA telah selesai dilaksanakan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) pada September 2024 dan telah diperakukan oleh Kementerian Digital pada Oktober 2024. 

Cadangan pelaksanaan MyGovCloud@CFA 2.0 masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.

Permohonan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan boleh dilaksanakan seperti biasa berdasarkan tatacara semasa yang berkuat kuasa seperti pada Soalan 1 manakala tatacara perolehan adalah tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan yang akan diumumkan kelak.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.