Portal Rasmi MyGovCloud@CFA Jabatan Digital Negara

Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Perkhidmatan MyGovCloud@CFA

Seksyen Pengkomputeran Awan (CMO), Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan Digital (BPG), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Perkhidmatan MyGovCloud@CFA yang diadakan pada 5 hingga 7 Mac 2024 bertempat di Avillion Cameron Highlands. Bengkel tersebut dihadiri oleh pegawai JDN serta wakil agensi daripada MOF, CGSO, KPM dan MDEC. Bengkel ini bertujuan bagi menambah baik dasar dan polisi semasa bagi Perkhidmatan Pengkomputeran Awan dengan mengambil kira keperluan dan keadaan sebenar pelaksanaan di kementerian dan agensi dalam usaha memastikan garis panduan yang dihasilkan komprehensif, menyeluruh, tepat dan menepati kehendak pemegang taruh.