SOALAN LAZIM PENGKOMPUTERAN AWAN
PERUNTUKAN PERMOHONAN PEROLEHAN PENGECUALIAN KESELAMATAN LAIN-LAIN- Apakah kategori agensi yang layak menggunakan peruntukan bagi langganan perkhidmatan pengkomputeran awan di bawah JDN?
- Adakah kos penggunaan perkhidmatan awan ditanggung oleh JDN?
- Infrastructure as a Service (IaaS);
- Platform as a Service (PaaS);
- Software as a Service (SaaS);
- Cloud professional services yang ditawarkan oleh Panel CSP dan MSP;
- Cloud managed services yang ditawarkan oleh MSP.
Nota: Hanya perkhidmatan yang disebutkan di atas yang ditanggung oleh JDN di bawah peruntukan GHC.
- Apakah skop perkhidmatan yang tidak termasuk dalam peruntukan dalam Projek Government Hybrid Cloud (GHC) JDN dan perlu disediakan oleh agensi?
- Apakah prosedur atau tatacara permohonan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan?
- Berhasrat untuk menggunakan peruntukan di bawah JDN;
- Terdapat keperluan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus kerana hanya terdapat 1 Panel CSP/MSP sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan (sole provider berdasarkan PK2.6); dan
- Permohonan pengecualian pengkomputeran awan atau Cloud Framework Agreement (CFA).
| 1 | Kos projek kurang dari RM10 juta dan menggunakan peruntukan JDN |
|
| 2 | Kos projek kurang dari RM10 juta dan menggunakan peruntukan selain peruntukan JDN |
|
| 3 | Kos RM10 juta dan ke atas |
Tatacara adalah sepertimana permohonan kelulusan teknikal JTISA;
|
| 4 | Kos projek kurang dari RM10 juta dan menggunakan peruntukan selain peruntukan JDN yang melibatkan Managed Service Provider (MSP) sebagai Pengedar Tunggal (Sole Provider) |
|
- Apakah kriteria projek langganan perkhidmatan pengkomputeran awan yang perlu mendapatkan kelulusan JDN?
| HAD NILAI KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT BAGI KEMENTERIAN | ||||
| PROJEK | PERINGKAT KELULUSAN | |||
| Skop Projek | Nilai Projek (RM) | Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan | JPICT Kementerian | JTISA |
| Pembangunan Sistem | < 200k | / | ||
| ≥ 200K < 5J | / | |||
| ≥ 5J | / | / | ||
| Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan | < 200k | / | ||
| ≥ 200K < 10J | / | |||
| ≥ 10J | / | / | ||
|
Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT. Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA. |
< 200k | / | ||
| ≥ 200K < 10J | / | |||
| ≥ 10J | / | / |
| HAD NILAI KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT BAGI AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN | |||||
| PROJEK | PERINGKAT KELULUSAN | ||||
| Skop Projek | Nilai Projek (RM) | Ketua Agensi | JPICT Agensi | JPICT Kementerian | JTISA |
| Pembangunan Sistem | < 50k | / | |||
| < 200k | / | ||||
| ≥ 200K < 5J | / | / | |||
| ≥ 5J | / | / | / | ||
| Perkakasan/Perisian/Rangkaian/dan Peralatan Rangkaian/Perkhidmatan | < 50k | / | |||
| < 200k | / | ||||
| ≥ 200K < 10J | / | / | |||
| ≥ 10J | / | / | / | ||
|
Gabungan Pembangunan Sistem dan/atau perkakasan dan/atau perisian dan/atau rangkaian dan peralatan perkhidmatan ICT.
Gabungan yang melibatkan kos pembangunan sistem > 5J hendaklah diangkat ke JTISA |
< 50k | / | |||
| < 200k | / | ||||
| ≥ 200K < 10J | / | / | |||
| ≥ 10J | / | / | / |
- Adakah semua projek langganan perkhidmatan pengkomputeran awan yang ingin dilaksanakan oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan perlu mendapat kelulusan JDN?
- Semua projek dengan kos di atas RM10 juta (Kelulusan JTISA);
- Hanya projek dengan kos di bawah RM10 juta (Kelulusan Jawatankuasa Penilaian Perkhidmatan Cloud Sektor Awam (JPPCSA)) yang berkaitan seperti berikut:
- Permohonan penggunaan Peruntukan Government Hybrid Cloud (GHC).
- Permohonan pengesahan Kaedah Perolehan secara Rundingan Terus.
- Permohonan pengecualian Cloud atau pengecualian Cloud Framework Agreement (CFA).
- Permohonan kelulusan perolehan lesen Microsoft.
- Apakah prosedur atau tatacara untuk permohonan Google Workspace For Education?
- Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
- Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
- JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
- Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
- Apakah tatacara permohonan dan perolehan langganan perkhidmatan pengkomputeran awan selepas tamat CFA?
- Apakah pekeliling yang boleh dijadikan panduan bagi perolehan perkhidmatan pengkomputeran awan?
- Surat Arahan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara Bilangan 2 Tahun 2026: Panduan Keseluruhan Kerajaan (Whole-of-Government, WoG) Sektor Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 7 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam;
- Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bil. 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan Berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan Terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);
- PK 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 versi 2.0: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;
- PKPA Bil. 1 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
- Apakah Kod Bidang bersesuaian bagi perolehan pengkomputeran awan?
| 210103 | Software all computer software, operating system, database, off-theshelf packages including maintenance. |
| 210104 | Software / system development including maintenance-data entry / data processing. |
| 210105 | Telecommunication / networking supply product, infrastructure, services including maintenance LAN / WAN / Internet / wireless / satellite. |
| 210106 | Data management – provide service including maintenance (database / web hosting, disaster, planning / recovery, information storage / retrieval). |
| 210107 | ICT security and firewall, Encryption, PKI, Antivirus. |
- Bagaimanakah kaedah perolehan lesen perisian Microsoft?
| Status Kontrak | Kaedah Perolehan |
|---|---|
| Kontrak yang Masih Berkuat Kuasa |
|
| Kontrak yang Telah Tamat | Pembaharuan lesen hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun |
| Kontrak Baharu | Perolehan baharu hendaklah dilaksanakan berdasarkan PK2.6 untuk tempoh 3 tahun. |
- Apakah prosedur atau tatacara untuk melaksanakan perolehan Google Workspace For Education?
- Mendapatkan kelulusan JPICT di peringkat Kementerian/Agensi;
- Melengkap dan menghantar templat permohonan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada urussetiajtisa@jdn.gov.my dan mygovcloud@jdn.gov.my. Templat permohonan boleh didapati di portal JDN;
- JDN mengesahkan bahawa Google Workspace For Education hanya ditawarkan oleh satu MSP (pengedar tunggal) dan boleh dilaksanakan secara rundingan terus;
- Melaksanakan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan PK2.6.
- Adakah Kaedah Perolehan Secara Rundingan Terus Terpakai Untuk Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan?
Berdasarkan PK2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, Para 5.3.1 (c):
“Sekiranya teknologi cloud yang diperlukan adalah spesifik dan hanya dapat dibekalkan oleh satu CSP sahaja (sole provider) dari kalangan panel CSP, MAMPU (yang kini dikenali sebagai JDN) hendaklah mengesahkan perkara tersebut dan memutuskan kesesuaian perolehan berkenaan dilaksanakan secara rundingan terus. Agensi hendaklah melaksanakan rundingan harga berdasarkan tatacara yang berkuat kuasa sebelum dimuktamadkan di peringkat PBM”.
- Apakah tatacara permohonan pengecualian pengkomputeran awan/ CFA
- Pengecualian Pengkomputeran Awan
- Maklumat projek yang hendak dilaksanakan;
- Justifikasi ketidaksesuaian projek untuk dilaksanakan menggunakan perkhidmatan pengkomputeran awan; dan
- Dokumen sokongan (dokumen akta, klasifikasi data, arkitektur sistem atau yang seumpanya selaras dengan PKPA 1/2021 Para 12) yang menyokong justifikasi.
- Pengecualian CFA
- Perincian perkhidmatan yang ingin dilanggani; dan
- Dokumen sokongan (emel atau yang seumpamanya) daripada semua Panel CSP yang memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut tidak disediakan oleh mereka.
- Adakah semua Agensi Sektor Awam perlu memohon kelulusan/ pengesahan kepada JDN bagi pelaksanaan/pengecualian pengkomputeran awan?
- Bagaimana sekiranya sesuatu produk/ perkhidmatan pengkomputeran awan yang dimohon tidak ditawarkan oleh semua Panel CSP?
Senario 1: Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut digunakan secara meluas di sektor awam (well known/common) seperti Adobe, Kahoot, AutoCad dan lain-lain, pengecualian boleh dipertimbangkan.
Senario 2: Sekiranya produk/perkhidmatan pengkomputeran awan tersebut tidak digunakan secara meluas di sektor awam dan agensi pemohon belum menggunakannya:
- Agensi perlu membuat kajian pasaran di kalangan empat (4) Panel MSP/CSP untuk mendapatkan produk/perkhidmatan yang setara; dan
- Sekiranya hasil kajian pasaran menunjukkan bahawa tiada produk yang setara, pengecualian boleh dipertimbangkan.
- Bagaimanakah tadbir urus dan kawalan keselamatan data Kerajaan Malaysia diuruskan di bawah CFA?
- Cloud Service Provider (CSP) yang telah memasuki CFA dengan pihak Kerajaan adalah terikat untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selamat dan terjamin serta selaras dengan skop perkhidmatan dan harga perkhidmatan yang dipersetujui.
- Managed Service Provider (MSP)/CSP tidak boleh mendedahkan apa-apa jua data atau maklumat kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan Malaysia. MSP/CSP juga hendaklah memastikan perjanjian tersebut ditadbir menurut undang-undang Malaysia.
- Sekiranya dapat dibuktikan bahawa perkhidmatan awan CSP yang disediakan termasuk data yang disimpan oleh CSP dan MSP adalah tidak selamat dan terjamin, Kerajaan berhak untuk tidak meneruskan CFA dan menamatkan mana-mana Perjanjian Pelaksanaan pada bila-bila masa. Perjanjian Pelaksanaan ini merujuk kepada terma dan syarat yang dirundingkan dan ditetapkan melalui perjanjian pelaksanaan perkhidmatan awan CSP bagi agensi sektor awam yang berkenaan.
- Bagaimanakah risiko akses data oleh pihak berkuasa asing (seperti U.S. CLOUD Act) dimitigasi di bawah CFA?
- CLOUD Act membolehkan penyedia teknologi di bawah bidang kuasa AS menyerahkan data yang diminta walaupun disimpan di luar AS. Namun, penguatkuasaan di negara asing perlu menghormati kedaulatan dan prinsip kewilayahan. Permintaan AS berkaitan CLOUD Act juga tertakluk kepada Triti Bantuan Bersama Malaysia–AS. Sebarang permintaan hendaklah tidak menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara, serta memenuhi syarat dual criminality dan threshold bagi menentukan sama ada kesalahan berkenaan merupakan serious offence di Malaysia.
- Dalam pelaksanaan CFA di Malaysia, Kerajaan telah mengambil kira perkara ini dan data Kerajaan yang ditempatkan di CSP dalam negara adalah dilindungi di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621], di mana sebarang permintaan pihak berkuasa asing bagi tujuan siasatan jenayah perlu melalui saluran diplomatik.
- Memandangkan pusat data berada di dalam sempadan fizikal Malaysia, sebarang hak akses fizikal, tindakan penguatkuasaan dan perintah penyitaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Malaysia.
- Bagi mekanisme mitigasi risiko, agensi hendaklah mematuhi semua akta, peraturan, arahan, dasar dan pekeliling kerajaan berkaitan perlindungan maklumat dan pengkomputeran awan yang berkuat kuasa.
- Apakah langkah perlindungan yang diwajibkan di bawah CFA untuk melindungi maklumat terperingkat Kerajaan Malaysia?
- Aspek Kontrak dan Perundangan
Templat kontrak langganan cloud akan dibekalkan oleh JDN untuk rujukan agensi pelaksana bagi dimurnikan bersama-sama Pegawai Undang-Undang (PUU) agensi masing-masing. Antara klausa berkaitan keselamatan dalam kontrak ini termasuk:
- Klausa 8: Pematuhan Dasar Kerajaan Dan Keperluan Teknikal Cloud;
- Klausa 9: Obligasi-Obligasi Syarikat;
- Klausa 10: Indemniti Dan Liabiliti;
- Klausa 11: Kerahsiaan;
- Klausa 16: Penamatan Atas Kepentingan Negara, Keselamatan Negara, Dasar Kerajaan Atau Dasar Awam;
- Klausa 18: Keselamatan Dan Prosedur-Prosedur Keselamatan;
- Klausa 20: Hak Harta Intelek; dan
- Lain-lain yang berkaitan mengikut keperluan.
- Aspek Tadbir Urus
Berdasarkan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017), pemilik data bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya ke atas maklumat Kerajaan. - Aspek Kawalan Teknikal
Pemilik data diwajibkan melaksanakan kawalan teknikal berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam, antaranya:- Penyulitan Data (Encryption): Menggunakan algoritma penyulitan yang disahkan selamat oleh Kerajaan (AKSA MySEAL); dan
- Pengurusan Sandaran Data: Melaksanakan sandaran (backup) serta menjalankan ujian pemulihan data (data restoration test) secara berkala.
- Adakah JDN telah menyediakan sebarang penilaian risiko, garis panduan, polisi atau dokumen rasmi yang boleh dijadikan rujukan oleh agensi sektor awam bagi menjelaskan bahawa penggunaan perkhidmatan awan melalui CFA telah mengambil kira aspek keselamatan siber, kedaulatan data serta implikasi perundangan rentas sempadan?
- Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap perlindungan maklumat dan keselamatan siber telah membangunkan arahan, polisi dan garis panduan keselamatan maklumat.
- Agensi sektor awam bertanggungjawab untuk melaksanakan pengelasan maklumat, penilaian risiko keselamatan data dan mengambil tindakan pengukuhan yang bersesuaian dengan mematuhi aspek keselamatan yang terkandung dalam arahan dan pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa, di antaranya:
- Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017);
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2021: Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2021 Versi 2.0: Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Maklumat Melalui Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) Dalam Perkhidmatan Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022: Garis Panduan Sanitasi Media Elektronik dalam Perkhidmatan Awam;
- Surat Edaran Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Bil. 4 Tahun 2023: Arahan Keselamatan Berkaitan Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan Kerajaan dan Penilaian Risiko Keselamatan Terhadap Sistem ICT (Information and Communication Technology);
- Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2024: Garis Panduan Pengurusan Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam;
- Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2024: Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan Sistem ICT Sektor Awam; dan
- Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025: Garis Panduan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam (Business Continuity Management - BCM).
- Apakah cadangan klausa tambahan yang perlu dimasukkan ke dalam kontrak langganan perkhidmatan pengkomputeran awan bagi tujuan keselamatan?
- Agensi manakah yang layak menggunakan CFA?
Pemakaian pekeliling ini terpakai kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling ini dipanjangkan kepada semua:
- Perkhidmatan Awam Negeri;
- Pihak Berkuasa Berkanun; dan
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Surat Pekeliling Am ini terpakai kepada semua agensi Sektor Awam bagi semua projek ICT yang dibiayai oleh peruntukan kewangan Persekutuan atau projek ICT yang dilaksanakan melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI)/ Public-Private Partnership (PPP).
Agensi perlu merujuk PKPA Bil.1/2021 dan SPA Bil.7/2024
- Apakah Tempoh Langganan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan di bawah CFA?
- Adakah agensi perlu melaksanakan klasifikasi data terlebih dahulu sebelum memohon perkhidmatan Government Hybrid Cloud (GHC)?
- Apakah ciri-ciri keselamatan tambahan yang perlu dilakukan oleh pihak Agensi bagi perkhidmatan pengkomputeran awan terutamanya bagi data terperingkat?
- Siapakah penyedia Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam?
- Amazon Web Services (AWS) Sdn. Bhd.;
- Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.;
- Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd.; dan
- Telekom Malaysia Berhad.
- Radmik Solutions Sdn. Bhd.
- Awantec System Sdn. Bhd.
- Enfrasys Solutions Sdn. Bhd.
- Cloud Connect Sdn. Bhd.
- Bilakah tempoh kuatkuasa Cloud Framework Agreement (CFA) semasa?
| PANEL CSP | TAMAT KONTRAK CFA | PELANJUTAN TEMPOH KONTRAK CFA KALI KETIGA |
|---|---|---|
| AWS / Radmik | 31 Disember 2024 | 1 Julai 2026- 30 Jun 2027 |
| Google / Awantec | 31 Disember 2024 | 1 Julai 2026 - 30 Jun 2027 |
| Microsoft / Enfrasys | 28 Februari 2025 | 1 Julai 2026 - 30 Jun 2027 |
| TM / Cloud Connec | 31 Disember 2024 | 1 Julai 2026 - 30 Jun 2027 |
- Adakah kerajaan akan melaksanakan CFA 2.0 sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan pengkomputeran awan dalam sektor awam?
Cadangan pelaksanaan MyGovCloud@CFA 2.0 masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.