1. Skop 1

    Para 2.2.1 (i)

    Menyediakan pengurusan pelaksanaan perkhidmatan;

  2. Skop 2

    Para 2.2.1 (ii)

    Menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) jenis akaun atau peringkat akaun perkhidmatan iaitu:

    • Akaun MAMPU (master account): Sebagai pentadbir CFA, boleh melanggan, memantau penggunaan cloud, maklumat bil/caj pembayaran perkhidmatan bagi semua agensi Kerajaan dan fungsi-fungsi lain yang berkaitan;
    • Akaun Agensi Kerajaan (sub-account): Sebagai pengguna perkhidmatan yang boleh melanggan, mengkonfigurasi, memantau penggunaan cloud, melakukan optimasi perkhidmatan, bil/caj dan pembayaran bagi agensi masing-masing dan fungsi-fungsi lain yang berkaitan.
  3. Skop 3

    Para 2.2.1 (iii)

    Menyediakan perkhidmatan IaaS, PaaS, SaaS, XaaS dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan cloud yang selamat kepada Kerajaan;

  4. Skop 4

    Para 2.2.1 (iv)

    Menyediakan Service Level Agreement (SLA) bagi setiap perkhidmatan berkenaan;

  5. Skop 5

    Para 2.2.1 (v)

    Menyediakan perkhidmatan profesional termasuk cadangan dan perancangan teknikal, konfigurasi, migrasi dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan;

  6. Skop 6

    Para 2.2.1 (vi)

    Menyediakan trial period/akaun demo bagi setiap service catalogue yang terpilih tanpa obligasi bayaran;

  7. Skop 7

    Para 2.2.1 (vii)

    Menyediakan meja bantuan dan khidmat sokongan:

    • Beroperasi dengan lancar;
    • Mempunyai perkhidmatan profesional dan local support bagi perkhidmatan yang ditawarkan;
    • Memaklumkan insiden serta status insiden melalui emel dan/atau SMS;
    • Memastikan insiden diselesaikan mengikut tempoh penyelesaian insiden yang ditawarkan mengikut SLA yang dicadangkan;
    • Menyediakan bilangan kakitangan meja bantuan dan khidmat sokongan;
    • Menyediakan response time dan resolution time berdasarkan severity level;
  8. Skop 8

    Para 2.2.1 (viii)

    Menyediakan perkhidmatan seperti termaktub dalam kontrak dan memastikan perkhidmatan tersebut dilaksanakan secara teratur dan memuaskan;

  9. Skop 9

    Para 2.2.1 (ix)

    Memberikan kerjasama kepada Agensi dan/atau wakil Agensi yang dilantik oleh Agensi (seperti System Integrator – SI) yang melanggan perkhidmatan;

  10. Skop 10

    Para 2.2.1 (x)

    Agensi akan membuat bayaran melalui MSP bagi perkhidmatan yang digunakan.

Rujukan

Sumber: Pekeliling Perbendaharaan (PK) 2.6: Perolehan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) Sektor Awam (Para 2.2.1)