Takwim JPPCSA 2026

2026

Tarikh mesyuarat dan tarikh akhir penghantaran permohonan.

Selesai

Mesyuarat JPPCSA Bil. 1/2026

Tarikh Akhir Permohonan Lengkap: 17 Februari 2026

Selesai

Mesyuarat JPPCSA Bil. 2/2026

Tarikh Akhir Permohonan Lengkap: 29 April 2026

Selesai

Mesyuarat JPPCSA Bil. 3/2026

Tarikh Akhir Permohonan Lengkap: 31 Julai 2026

Selesai

Mesyuarat JPPCSA Bil. 4/2026

Tarikh Akhir Permohonan Lengkap: 15 Oktober 2026

Permohonan dan Keputusan

  1. Tempoh Permohonan

    Permohonan kelulusan JPPCSA dibuka sepanjang tahun. Permohonan yang diterima selepas tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya.

    Permohonan lengkap yang telah dikemaskini setelah sesi semakan bersama Urus Setia JPPCSA hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh mesyuarat.

  2. Permohonan

    Permohonan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JPPCSA JDN melalui e-mel

  3. Keputusan Mesyuarat

    Keputusan Mesyuarat JPPCSA akan dimaklumkan kepada agensi dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas mesyuarat diadakan.

Bidang Tugas

Melaksanakan penilaian permohonan pengkomputeran awan bagi memastikan selari dengan dasar dan peraturan semasa yang berkuatkuasa bagi projek di bawah had nilai JTISA:

  1. Permohonan penggunaan peruntukan di bawah seliaan JDN bagi langganan perkhidmatan pengkomputeran awan.

  2. Permohonan penentuan kaedah perolehan bersesuaian mengikut pekeliling perolehan perkhidmatan pengkomputeran awan semasa yang berkuatkuasa.

  3. Permohonan pengecualian daripada penggunaan pengkomputeran awan sekiranya terdapat halangan dari sudut perundangan, keselamatan, arkitektur sistem dan keperluan prosesan berprestasi tinggi (high performance processing) dan lain-lain sebab atas kepentingan Kerajaan.

  4. Permohonan pengecualian daripada Cloud Framework Agreement (CFA) sekiranya Panel Cloud Service Provider (CSP) tidak berupaya untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan dan lain-lain sebab atas kepentingan Kerajaan.

  5. Permohonan kelulusan perolehan lesen Microsoft.

Rujukan

Dasar & Polisi

Rujuk senarai dokumen dasar, pekeliling dan garis panduan pada halaman Dasar & Polisi MyGovCloud@CFA.

Maklumat Lanjut

Urus Setia JPPCSA

Pejabat Pengurusan Pengkomputeran Awan (CMO)
Bahagian pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan Digital (BPG)
Jabatan Digital Negara.